HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mac 2012

Wakil rakyat Umno ditahan bersama GRO

KEADILAN DAILY


MELAKA – Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan, lapor Sinar Harian.

Memetik sumber berita sama, sebuah laman blog politik dengan nama EraPasca.com mendedahkan wakil rakyat terbabit adalah Ahli Dewan Undangan Rim, Mohd Yazed bin Khamis.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) Melaka turut memberitahu yang beliau ada menerima maklumat sama berkenaan identiti wakil rakyat terbabit.

Tiada ulasan: