HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Mac 2012

37 tahun kayuh basikal hantar bekal

Oleh D J Dolasoh

SAADIAH mengayuh basikal setiap hari sejak tahun 1975 untuk menghantar bekal makanan ke IPD Gerik di mana arwah suaminya pernah bertugas.

SAADIAH mengayuh basikal setiap hari sejak tahun 1975 untuk menghantar bekal makanan ke IPD Gerik di mana arwah suaminya pernah bertugas.

Warga tua teruskan rutin sediakan makanan meskipun suami sudah meninggal 1975


GERIK: Hampir setiap hari sejak berpuluh tahun lalu, Saadiah Abdullah akan mengayuh basikal sejauh lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya yang bertugas di balai itu.

Dia melakukannya demi kasih sayang dan kesetiaan kepada suaminya, Alias Nik Daud. Kini, selama 37 tahun selepas suaminya meninggal dunia dalam serang hendap komunis di Temenggor dekat sini pada 1975, beliau masih mengayuh basikal setiap hari kecuali jika tidak sihat untuk menghantar makanan.

Namun, kini makanan berkenaan bukan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa saja anggota polis yang bertugas di balai berkenaan.

Tiada ulasan: