HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mac 2012

Isu 'copgate': SPRM hanya boleh siasat aspek rasuah

Post Pic

ANTARA POS.COM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan yang menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang dikaitkan dengan penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh @ Tengku Goh hanya jika ia membabitkan unsur-unsur rasuah.

"Selagi ia merupakan kes rasuah, kita akan siasat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Lain daripada rasuah, saya berharap mereka akan merujuk kepada pihak berkuasa yang betul," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein, Isnin lalu yang berkata SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang tepat untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan oleh seorang bekas pengarah kanan Bukit Aman dan beberapa pegawai polis lain.

Hishammuddin maklumkan sidang Dewan Rakyat bahawa beliau berpendapat dakwaan itu perlu disiasat oleh SPRM bagi mengelakkan tuduhan berat sebelah kerana kes itu membabitkan bekas Ketua Polis Negara.

Bagaimanapun bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff, yang membuat tuduhan itu, menyangkal kenyataan Menteri Dalam Negeriitu.

Dakwanya, agensi yang sama bersubahat dengan Abdul Gani untuk mengganggu saksi dan memalsukan bukti.

Malah SPRM juga didakwa membersihkan nama Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dalam beberapa banyak kes lagi.

Tiada ulasan: