HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mac 2012

Cubaan Tumbuk : Saya Sudah Maafkan - Wee Ka Siong

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memberitahu tidak ada laporan polis akan dibuat berhubung insiden cubaan seorang lelaki menumbuk beliau pada satu siri bantahan di Kajang semalam.

Menurut Wee, beliau sudah pun memaafkan individu berkenaan.

"Saya telah memilih untuk mengampunkan mereka ...saya telah disediakan untuk sesuatu yang terburuk. Ia memerlukan keberanian untuk pergi dan mendengar suara mereka, itu sahaja," ujar beliau.

Beliau yang ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini bagaimanapun sedikit berang apabila diajukan soalan bahawa timbul dakwaan lelaki yang cuba menumbuk beliau semalam adalah upahan beliau sendiri.

" Semua orang ada nampak video dan gambar itu. Buat keputusan sendiri dan tak perlulah saya cakap," katanya.

Wee semalam menghadirkan diri ke siri bantahan bersabit isu kekurangan guru di sekolah Cina yang sarat dengan ratusan penyokong pembangkang, aktivis masyarakat dan pimpinan Pakatan Rakyat di Kolej New Era Kajang.

Kehadiran beliau mengundang rasa kurang senang peserta himpunan berkenaan.

Seorang lelaki pertengahan umur semalam cuba menyerang Wee ketika beliau tiba kira-kira jam 11 pagi.

Cubaan itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pengawal peribadi Wee.

Wee yang kemudiannya duduk di barisan hadapan hadirin tetap tenang mendengar luahan daripada wakil persatuan sekolah Cina yang tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan sekolah Cina dan kekurangan guru di sekolah itu.

Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Ong Chiow Chuen semalam mendesak kerajaan mengambil perhatian serius terhadap masalah itu yang menurut beliau berlarutan sekian lama.

Menurut Ong, dalam kes-kes tertentu ada guru pemulihan dan guru opsyen kajian sosial yang ditempatkan di SJK(C) namun mereka tidak ada kemahiran berbahasa Mandarin.

Sementara sejumlah besar guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan di SJK(C) juga tidak berkelayakan bahasa Cina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyerahkan tanggungjawab menangani masalah kekurangan guru ini kepada Wee.

Malah menurut beliau, Wee sudah pun mencadangkan pelan tindakan yang sesuai dan ia sudah diluluskan.

"Kini, terserahlah kepada kami untuk memastikan cadangan itu dilaksanakan dengan segera dan secara berkesan...(kami) akan melaksanakannya...dan walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa, kami akan pastikan masalah ini dapat diselesaikan secara muktmad.

"Contohnya, kami telah membuat keputusan untuk memberi kuasa kepada guru besar untuk melantik guru sementara secara terus agar kekosongan yang ada, boleh diisi," kata Najib dalam temubual bersama sebuah stesen radio baru-baru ini.

Tiada ulasan: