HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Mac 2012

Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia VS The Star VS Majalah “Playboy” versi Malaysia?

Staff Berita Semasa

Erykah Badu tatto Allah Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia VS The Star VS Majalah Playboy versi Malaysia?


Semua dah tahu disebalik isu gambar Erykah Badu Tattoo Allah nilah yang telah menyebabkan konsert Erykah Badu ini dibatalkan. Dan selepas ini beliau akan meneruskan persembahan dan konsert di Indonesia. Walaubagaimanapun, ada beberapa persoalan yang ingin kami timbulkan di sini disebalik isu ini……….

Ya….kami berpendirian mana-mana artis yang mempersendakan agama memang sepatutnya tidak diberikan peluang langsung untuk buat persembahan di Malaysia. Untuk akhbar The Star kami ada 3 respon yang mahu diberikan kepada mereka daripada 3 sudut yang berlainan :

Gambar Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia : Kesan “Disebaliknya”?

  1. Pertama : The Star yang sudah lama tinggal di Malaysia, sepatutnya sudah “masak” dengan tahap sensitiviti rakyat Malaysia yang beragama Islam. Jikalau google gambar Erykah Badu, berapa banyak pilihan gambar Erykah Badu ini di Internet, mengapa gambar itu juga yang dipilihnya? Sedangkan kalau disemak semula poster konsert Erykah Badu ini, pihak penganjur sendiri pun faham sensitiviti di Malaysia apabila mereka memadamkan tulisan dalam poster.
  2. Kedua : Kredit ingin kami berikan kepada mereka (akhbar The Star termasuk editornya sekali yang telah digantung, disebabkan “kelalaian” mereka jugalah akhirnya secara tidak sengaja “pihak kementerian baru tersedar daripada tidur” untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
  3. Disebabkan gambar Erykah Badu yang tersiar di The Star jugalah ramai rakyat Malaysia yang “urban” tidak dapat menyaksikan konsert tersebut.

Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia : Isu Persoalan-persoalan Berbangkit?

  1. Jikalau gambar Erykah Badu tatoo Allah ini tidak tersiar di akhbar The Star, adakah konsert Erykah Badu ini masih diteruskan atau tidak?
  2. Selepas ini jikalau mana-mana artis dari luar negara, gambar yang dikatakan mempersendakan agama Islam tersebar di ruang lingkup Internet tetapi tidak disiarkan di mana-mana akhbar di Malaysia, adakah artis tersebut akan “terlepas” untuk membuat persembahan di Malaysia?
  3. Kami mahu tahu garis panduan kementerian setakat mana? Adakah setakat hebahan di suratkhbaar sahaja, baru akan diambil tindakan?
  4. Untuk perbandingan, konsert Erykah Badu dibatalkan kerana gambar tatoo Allah di badannya tetapi Avril Lavigne boleh lepas pula buat konsert di Malaysia? Walaupun lagu-lagu Avril banyak menggunakan perkataan tidak senonoh? Pussy Cats Doll pun telah “berjaya lepas” untuk buat konsert di Malaysia
  5. Disebalik isu Erykah Badu tatoo Allah ini, The Star nampaknya bertindak cepat “cuci tangan” dengan menggantung 2 editornya. Kenapa akhbar The Star sahaja tidak digantung supaya diberikan pengajaran kepada mereka. Kebal sangatkah mereka? Ini kerana The Star sudah 3 kali diberikan amaran oleh KDN termasuklah kes pertama yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak, kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu, dan Kes Erykah Badu ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star
  6. Dan jikalau menyentuh tindakan untuk mengantung akhbar The Star dengan gambar-Erykah Badoo Tatto Allah seperti yang tersebar sebelum ini, adakah Majalah playboy versi Malaysia – Mangga yang galak memaparkan gambar wanita separuh bogel termasuklah majalah lain dan sisipan akhbar yang sewaktu dengannya akan turut terkena “tempiasnya”?

Erykah Badu the star 2 Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia VS The Star VS Majalah Playboy versi Malaysia?

Kenapa kami highlightkan artis Malaysia? Kerana mereka diberikan ruang yang cukup bebas untuk penglibatan & penampilan mereka disiarkan di televisyen di media-media cetak. Tetapi apa tatacara yang dikenakan terhadap mereka selama ini? Malaysia sudah tahap artis Malaysia berpakaian separuh bogel pun masih tidak apa-apa lagi. Macam tiada apa-apa yang berlaku pula. Cuma artis Malaysia belum berani bogel sahaja lagi di khalayak ramai. Nak tunggu sampai bila lagi?

Apa faedah konsert? Lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Jadi kalau tiada pun tiada masalah sebenarnya. Dan kami bersetuju konsert Erykah Badu ini dibatalkan yang bertindak daripada mula lagi. Semoga tindakan “ban” Erykah Badu ini menjadi pengajaran untuk sesiapa yang ingin datang ke Malaysia selepas ini.

Kadang kami terfikir, setiap yang berlaku ada hikmahnya daripadaNya…

Allah selalu menyediakan perkara-perkara yang kadang-kadang tidak terfikir oleh manusia

Ya, Islam untuk semua & Allah juga untuk semua tetapi bukan beginilah caranya. Masih ada yang dipanggil “code of conduct”. Erykah Baduu sendiri pun sudah mengakui kesilapan…diharap tidak mengulangi lagi selepas ini…

Erykah Badu malaysia Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia VS The Star VS Majalah Playboy versi Malaysia?

Erykah Badu twitter Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia VS The Star VS Majalah Playboy versi Malaysia?

Hindu sendiri pun tidak suka agama mereka dijadikan bahan costume atau sandiwara sesiapa. Cubalah menghormati antara satu sama lain dan cuba menghormati kesucian agama orang lain apatah lagi apabila mahu berhasrat datang ke tempat orang. Contoh laporan berita :

Erykah Badu Erykah Badu Tattoo Allah di Malaysia VS The Star VS Majalah Playboy versi Malaysia?

Sumber : Gawker

“Tetapi dalam kita mahu orang lain hormat agama kita, malangnya yang Islam sendiri tidak menghormati agama sendiri dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada yang lain?”

Akhirnya diharap kementerian & menteri selepas ini kena lebih tegas, mempunyai pendirian yang konsisten dan faham kehendak ISLAM. Bukan setakat isu persenda ALLAH sahaja, tetapi isu tidak menjaga kod pemakaian pun mestilah diperketatkan dan ada penguatkuasaan. Kami harapkan tindakan yang diambil tidak “pilih bulu”.

P/s : Apa pandangan & respon anda pula disebalik isu gambar Erykah Badu tatto Allah dan pembatalan konsert beliau baru-baru ini?

Tiada ulasan: