Kami, organisasi masyarakat madani yang tersenarai di bawah, menyatakan kegusaran kami di atas serangan terhadap beberapa majlis yang sah dan demokratik dianjurkan oleh gerakan sosial dan parti politik. Tindakan biadab di majlis seperti Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang, forum-forum ABU (Asal Bukan UMNO), ceramah Nurul Izzah di Gambang, Pahang dan serangan terhadap kereta Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor di antara lain membayangkan perkembangan yang berbahaya dalam masyarakat kita.Kami amat khuatir dengan perkembangan ini dan kami percaya ini adalah keganasan terancang berlatar belakangkan Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang. Ia adalah petanda buruk suasana politik ugutan dan kekerasan untuk menyekat kebebasan pertukaran ide, wacana dan kepelbagaian pilihan politik.
Kegagalan pihak berkuasa untuk bertindak dengan pantas dan tegas akan menggalakkan pelakunya untuk meningkatkan gangsterisme, menjadikannya lebih kerap dan berleluasa hingga boleh menjadikannya tidak terkawal. Ini boleh memudaratkan asas amalan demokrasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kerosakan pada mata masyarakat dunia tidak terhitung.
Kami menyeru Perdana Menteri Najib Razak untuk bertindak segera menamatkan serangan-serangan anasir yang tidak bertanggungjawab ini serta mengambil tindakan terhadap pihak polis yang telah berlepas tangan dari menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan awam. Menteri Dalam Negeri juga sepatutnya dikenakan tindakan kerana gagal bertindak tehadap tindakan liar pihak ketiga di dalam majlis perhimpunan yang aman.
PM perlu mengarahkan penyiasatan yang mendalam dan teliti terhadap siri keganasan ini, apatah lagi jika ianya mungkin didalangi oleh anasir yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan pengamal politik kita. Sebagai permulaan, pegawai polis yang gagal mengawal keselamatan orang awam yang berhimpun di Penang Esplanade digantung tugas sehingga siasatan penuh dan saksama dijalankan.
PM harus menginsafi bahawa akhirnya ini adalah tanggungjawab beliau. Jika keganasan politik dibiarkan berleluasa dengan wewenang dan polis berlepas tangan maka PM akan ditanggapi terbabit atau merestui tindakan ugutan dan keganasan.
Kami sekali lagi menyeru ditubuhkan segera IPCMC yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Di-Raja tentang PDRM pada tahun 2005. Kecekapan dan profesionalisme polis kini diragui. Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada pasukan polis kita. Perdana Menteri harus menubuhkan IPCMC sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menzahirkan keikhlasan dalam menjaga hak rakyat, dan untuk membenteras dari putiknya, keganasan politik yang boleh mengancam landasan kerukunan negara.
Kami mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa kerana memudahcarakan perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu dan Tawau.
Kami menegaskan sokongan tidak berbelah bagi kepada hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Kami menyeru kerajaan untuk berpegang teguh kepada Perlembagaan dan menghormati hak rakyat untuk menganjurkan Himpunan Hijau 3.0 dan perhimpunan lain di masa depan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan ruang demokratik bagi rakyat berhimpun secara aman dan menjaga mereka dari ancaman dan keganasan sepanjang masa.
*Kenyataan media yang disokong bersama:
1. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
2. Aliran
3. Tamil Foundation
4. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
5. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
6. Penang Chinese Town Hall (PGCTH)
7. Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)
8. United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)
9. Muslim Professionals Forum (MPF)
10. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
11. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
12. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
13. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
14. National Indian Advancement Team (NIAT)
15. People’s Green Coalition (PGC)
16. Anak Muda Sarawak (AMS)
17. All Women’s Action Society (AWAM)
18. Centre of Policy Initiative (CPI)
19. Japan Graduates' Association of Malaysia (JAGAM)
20. The Good Governance and Gender Equality Society, Penang (3Gs)
21. Tenaganita
22. Lawyers for Liberty (L4L)
23. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
24. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
25. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
26. Persatuan Bekas Murid-Murid Perempuan Cina Sekolah Tinggi Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur
27. Community Action Network (CAN)
28. Women’s Aid Organisation (WAO)
29. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA Consumer)
30. Rainbow Genders Society (RGS)
31. Persatuan Alumni Han Chian Pulau Pinang (PAHC, Pinang)
32. Kill the Bill (KtB)
33. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
34. Pahlawan Volunteers
35. The Micah Mandate
36. Friends in Conversation (FIC)
37. Centre for Independent Journalism (CPI)
38. Negeri Sembilan Chinese School Committees’ Council
39. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur (PRIHATIN)
40. Young Buddhist Association of Malaysia(YBAM)
41. Malacca Chinese Education Progressive Association
42. Malaysians for Beng Hock
43. Save Vui Kong Campaign
44. Council of Temples
45. Semparuthi Iyakkam
46. Academy of Tamil Studies
47. Group of Concerned Citizens
48. Hindu Youth Organization
49. Tamil Bell Club
50. Malaysian Dravidian Movement
51. Persatuan Kwangsi Malaysia
52. The Selangor & Kuala Lumpur Foundry & Engineering Industries Association
53. The Selangor And Kuala Lumpur Teo Chew Association
54. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
55. Gerakan Mahasiswa Maju UPM
56. Student Progressive Front USM
57. Student Progressive Front UUM
58. New Era Student Progressive Front
59. New Era College Alumni Association.
60. Solidarity for Civil Rights in China
61. Editorial board of e-journal Horizon
62. Melaka Chinese Assembly Hall
63. Melaka Chinese Assembly Hall Youth Section
64. Persatuan Kwang Tung Melaka (Youth Section)
65. Melaka Seng Cheong Society Youth Section
66. Malacca Pay Fong Schools Alumni Association
67. Malaysia-China Chamber of Commerce
68. Durham Malaysian Scholars
69. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & KL
70. Sisters In Islam (SIS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan