HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Mac 2012

Hooray, orang bukan Melayu sudah pergi: Malaysia milik kita!

Iskandar Dzulkarnain, Malaysia Chronicle


Suatu hari yang amat menyedihkan akan berlaku pada bulan Jun 2012. BN telah berjaya memenangi pilihan raya umum dengan majoriti tipis. Dengan negara yang berada dalam kegawatan dan orang bukan Melayu diasak dengan dasar-dasar mengarut Ketuanan Melayu, dan momokan warganegara kelas 2, mereka sudah tidak tahan lagi. Melalui pelan kontingensi, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah sehingga, menyebabkan kesesakan pada penerbangan Air Asia serta pesawat MAS. Penghijrahan untuk buat selamanya akhirnya telah bermula.

Australia, Kanada, New Zealand dan UK berada di senarai teratas destinasi pilihan mereka. Yang lain lebih selesa dengan Singapura, Vietnam, China, India, Hong Kong dan juga Filipina.

Malah, dasar yang semakin terbuka di China dan India akan menjadikan ia sangat menarik untuk orang bukan Melayu. Kedua-dua negara ini bijak menyambut bakal warganegara mereka dengan tangan terbuka, gembira dengan pengaliran masuk pelaburan dan bijak pandai besar- besaran yang bakal diterima.

Keadaan sangat berlainan di Malaysia. Semua orang mahu keluar. Negara telah tiba-tiba kehilangan daya tarikan dan semangat patriotik telah berada pada paras terendah sekali. Sememangnya tiada sebab untuk terus menetap disini. Nilai hartanah menyusut jatuh berikutan tindakan orang bukan Melayu yang menjual aset secara senyap dengan murah dan mengalihkan dana mereka ke akaun bank asing. Ada yang memberitahu,hampir RM88 trilion akan mengalir keluar dari negara dalam sekelip mata.

Polis agama pegang cemeti tunjuk kuasa

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) bos kepada Umno mula bergembira berikutan pengaliran keluar rakyat yang tidak patriotik kerana membuat kehidupan mereka dan orang-orang Melayu, bangsa kelas pertama di Malaysia bagaikan dalam neraka. Dengan mengabaikan sepenuhnya pengaliran keluar RM88 trilion itu, ia bagaikan membuang sampah yang tidak berguna! Sekarang, semua akan mengundi BN untuk seratus tahun yang akan datang lagi, fikir mereka.

Dengan semua orang bukan Melayu pergi, secara semulajadinya pentadbiran Islam akan dilaksanakan sepenuhnya di negara ini. Semua yang disifatkan bertentangan dengan ajaran islam secara automatiknya diharamkan seperti menghadiri perayaan Thaipusam atau mengahdiri majlis anjuran Gereja. Polis agama akan memastikan ia dipatuhi. Ini termasuk semua pengaruh barat seperti pawagam dan TV Astro.

Hanya menunggu masa sahaja sebelum gereja-gereja dan kuil-kuil Buddha dan Hindu tinggal runtuhan kerana rakyat yang tinggal akan merampas apa sahaja yang bernilai pada tempat-tempat suci ini berikutan perginya orang bukan Melayu.

Dengan adanya polis agama memegang cemeti, atas alasan mahu ‘melindungi’ kaum wanita yang ‘lemah’, mereka digalakkan untuk tinggal di rumah, dilarang daripada memandu dan hanya dibenarkan untuk berada di khalayak ramai dengan iringan saudara lelaki. Tidak lama kemudian, kereta di jalan raya akan berkurangan kerana wanita tidak lagi memandu kereta.

Wanita ditindas

Tidak lama selepas itu pula, kelibat wanita akan hilang terus daripada khalayak ramai. Enakmen baru akan dikuat kuasa untuk menghalang wanita daripada mendapat pendidikan atau menggunakan hak mereka untuk mengundi kerana tempat mereka hanyalah di rumah untuk membesarkan anak-anak. Malah kaum lelaki juga akan mengenakan tudung seperti orang Arab Saudi untuk melindungi mereka daripada panas matahari tropika Malaysia.

Laluan MRT akan jarang digunakan dan pengangkutan awam akan menjadi lebih banyak. Pawagam akan hilang. Begitu juga pusat-pusat boling dan tempat snuker, kompleks membeli-belah, pusat hiburan dan karaoke. Kelas tarian, pusat kesihatan dan gim, rumah urut dan pusat merawat kaki akan tinggal sejarah.

Malah, badan kehakiman tidak akan berfungsi lagi, melainkan mereka mengambil kursus cepat dalam pengetahuan Undang-Undang Islam. Tanpa mengambil kira keperluan dan kepercayaan kaum lain, orang Melayu bebas untuk menetapkan penghakiman mengikut sesuka hati.

Ekonomi yang kaku

Dengan 40% daripada penduduk yang hilang secara tiba-tiba, kegiatan ekonomi akan terhenti. Orang Melayu Malaysia akan berjuang untuk mengekalkan iklim perniagaan yang sah tanpa kepintaran peniaga bukan-Melayu. Akibat kemerosotan ekonomi, kerajaan akan dipaksa untuk mengenakan catuan supaya orang ramai tidak akan kebuluran.

Tiba-tiba, Petronas akan menjadi penyelamat negara. Rizab minyak Malaysia akan kering dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan dan kebimbangan untuk mencari sumber tenaga lain menggantikan minyak dan gas semakin memuncak kerana ini mengancam sumber pendapatan yang terakhir.

Dengan nilai ringgit yang terus lemah, ramai pendatang Islam seperti Indonesia, Mamak dan Thailand yang aktif dalam ekonomi akan berfikir untuk kembali ke tanah air mereka, di mana mereka masih mempunyai akses kepada pekerjaan, meskipun dengan bayaran yang jauh rendah, namun beberapa bentuk hiburan masih juga wujud.

Dipinggirkan

Malaysia akan menjadi salah satu tempat yang paling membosankan di Asia, dengan pelancong antarabangsa menjauhi negara ini. Malah orang Melayu yang kaya juga akan kebosanan dan terbang ke London, Paris, New York dan sebagainya untuk bercuti.

Televisyen akan menghentikan siaran filem komedi kungfu Cina dan Filem Hindi yang mengasyikkan kerana tiada penonton yang akan menontonnya. Filem barat juga turut disunting untuk memastikan hanya nilai tertentu yang boleh ditonton. Pada masa itu, semua sudah lupa akan Hari Valentine dan juga Santa Claus.

Generasi baru orang Melayu tidak akan tahu apa itu Thaipusam atau Pesta Cahaya, dan juga makna 'Perayaan Hungry Ghost.' Hantu sahaja yang mereka tahu kerana ini santapa harian mereka, cerita hantu dari stesen tv Astro. "Kek Bulan dan Tanglung" akan menjadi sesuatu yang asing bagi mereka, dan begitu juga tarian singa dan mercun.

Tetapi ada juga kebaikan disebalik itu, tiada keadaan berasak-asak dalam bas dan kereta api dan semua orang boleh duduk dengan senang di antara satu sama lain. Ini kerana wanita sudah tinggal di rumah untuk menjadi suri. Tanpa gangguan daripada wanita atau ancaman gangguan seksual, lelaki akan menjadi lebih fokus terhadap pekerjaan dan kerjaya mereka.

RELA dan polis rahsia bermaharaja lela

Jeans biru sendat dan kebaya ketat akan menjadi pupus kerana trend terkininya adalah baju longgar dan pakaian yang kurang menonjolkan identiti. Warna hitam menjadi sesuatu yang ‘in’.Iklan syampu masih wujud walaupun rambut tiada lagi ditunjukkan.

Janin di tempat pembuangan sampah dan semak samun sudah tiada lagi, tetapi dadah dan kegiatan menghidu gam masih menghantui penduduk muda. Sekurang-kurangnya, tidak akan ada muzik memekakkan telinga dari disko atau bunyi karaoke yang menggelegar, memecah kesunyian selepas senja. Sebaliknya alunan bacaan solat dan Al-Quran akan mengisi suasana malam dimuka bumi. Fenomena bohsia dan mungkin juga Mat Rempit akan hilang kerana RELA dan Polis Rahsia yang amat ditakuti mula galak menggunakan kuasa mereka dan juga dengan sewenang-wenangnya.

Sudah tentu, akan ada percambahan kedai kopi di bandar-bandar, di mana manusia akan berkumpul dan berbincang tentang politik, sukan dan lain-lain topik yang diminati. Bak kata "Kassim Selamat" yang menyimpulkan - tanpa orang bukan-Melayu, Malaysia akan menjadi bebas rasuah, bebas daripada jenayah dan bagaikan syurga didunia.

Dan kini untuk memainkan isu perkauman adalah sia-sia, BN perlu memikirkan cara baru untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya mereka kekal berkuasa. Ahli-ahli politik seperti Hassan Ali dan Ibrahim Ali yang terkenal dengan retorik perkauman mereka sudah tidak berguna lagi.

Kemudian, pada satu hari, tanpa disedari kita mula menyimpan hasrat yang kita fikir adalah mustahil... bahawa satu hari nanti, orang Cina dan India mungkin sudi memaafkan kita dan membuat keputusan untuk kembali ke tanah air tercinta dan menunjukkan kepada kita makna sebenar Asia! Malaysia Chronicle

1 ulasan:

alwi berkata...

Jangan lupa ramai orang Melayu yang kayaraya akan berhijrah ka Malaysia,terutama dari Spore.Kelantan tiada pelabur asing pun survive.Africa pun boleh survive ini pula Malaysia