Koh Jun LinPengurus keselamatan di bangunan KLCC menafikan bahawa rakaman CCTV berkenaan perhimpunan BERSIH 2.0 yang memaparkan kematian pemandu teksi Baharuddin Ahmad telah diusik.

"Saya katakan pada kamu bahawa "filem" itu diarahkan oleh (polis) Cawangan Khas," kata peguam keluarga almarhum Patrick Dass di inkues koronor bagi menyiasat kematiannya semalam.
"Saya nafikannya, tuan," kata pengurus itu Kalaikumar P Chelladori.
Kalaikumar juga memberikan respons hampir sama kepada banyak soalan yang diajukan oleh peguam keluarga Baharuddin (
kiri) yang meninggal dunia dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 8 Julai tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan