KUALA LUMPUR- "Kalau negara sudah bankrap baru rakyat mahu ubah kerajaan, tak boleh buat apa lagi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu .
"Sekarang hutang negara berada pada tahap kritikal iaitu hanya dua peratus kurang dari had dibenarkan.
"Kalau nak ubah kerajaan untuk selamatkan negara ini dari bankrap seperti yang menteri kabinet (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri jangkakan, ubah sekarang.
"Kalu negara dah bankrap baru nak ubah kerajaan, tak boleh buat apa lagi," kata beliau.
Mohamad juga mempersoalkan, apa lagi yang mahu dibohongi oleh Najib kepada kepada rakyat.
"Hari ini, timbalan menteri bercakap seolah-olah rakyat bodoh sangat.
"Kononnya tidak perlu bimbang walaupun negara mencapai hutang pada tahap 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu kurang dua peratus dari tahap 55 peratus dari daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibenarkan oleh perlembagaan negara.
"Najib nak bohong apa lagi kepada rakyat? Transformasi apa lagi nak mengaburi mata rakyat sedangkan negara menuju bankrap seperi yang menteri dia sendiri akui dan hutang negara pula semakin menjerut leher rakyat," beliau terus mempersoalkan.
Di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin mendakwa, hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan.
"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus.
"Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan.
Mohamad menyifatkan jawapan itu menghina akal dan intelektualiti rakyat.
Mengulas lanjut mengenai keadaan itu, beliau tertarik dengan istilah cepat tangan yang digunakan oleh blogger Aspan Alias terhadap para pemimpin Umno.
"Istilah cepat tangan itu menuntut rakyat memberikan perhatian kepada perkara penting mengenai ketenatan ekonomi negara kini.
"Keadaan ini berlaku kerana kerajaan murah hati kepada rakyat atau kerana perangai cepat tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mohamad.
Dalam tulisannya yang bertajuk "Susah kalau dapat pemimpin yang 'cepat tangan'", Aspan berkata: "Saya selalu berkata yang sikap ini sudah menjadi budaya pimpinan kita. Sifat 'cepat tangan' ini memang sudah menjadi sebati dan amat payah untuk dibuang".
Cara yang terbaik untuk mengelak dari kejadian seperti ini berlaku ialah dengan menolak parti yang dipimpin oleh pemimpin seperti ini, katanya
Aspan yakin, mereka tidak akan memperbaiki diri mereka kerana sikap 'cepat tangan' itu sudah menjadi darah daging didalam diri pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak mempunyai 'accountability' terhadap kesalahan yang mereka lakukan sendiri.
"Tidak boleh nampak wang rakyat yang banyak terus sahaja meleleh air liur untuk membelanjakannya untuk kegunaan peribadi.
"Apa transformasi yang boleh dilakukan oleh pemimpin seperti ini sedangkan diri sendiri tidak mampu untuk ditransformasikan," katanya.-harakahdaily
18 ulasan:
Hutan kerajaan masih ditahap terkawal, yang penting kerajaan konsisten bayar hutang.
Pengundi2 harus undi parti yang mempunyai rekod baik dalam usaha memajukan dan membangunkan negara. Kerajaan telah berusaha dan terbukti dalam hal2 membangunkan dan memajukan negara.
kerajaan kena lebih bijak dalam mengurus kewangan negara dan kurangkan kadar hutang negara.
Kalau begitu tidak payahlah PKR mahu jadi kerajaan kalau takut menghadapi semua itu.
Bila2 masa saja boleh capai kadar hutang 55% itu. Memang patut rakyat risau kerana apa yang akan berlaku nanti.
Kalau negara bankrap, PR pun terus tidak mahu bantu baiki keadaan? Ada masalah saja terus cabut lari?
sudah tentulah pembangkang akan cakap negara akan bankrap walaupun mereka tahu bahawa hutang 53% itu adalah WAJAR dan SIHAT dari segi ekonomi..
hutang itu saya katakan sihat kerana,, ianya bagi tujuan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat, memajukan negara dan menjana pendapatan,, bukan tujuan consumption..
daripada RM437.2 bilion itu, hanya 3.7% adalah hutang luar negara, maka wang yang mengalir keluar amatlah kecil, misalnya external debt service ratio cuma 0.9%..
rakyat Malaysia perlu tahu bahawa pinjaman ini memberi pulangan yang terjamin kepada bond holders, pencarum KWSP dll..
ianya mampu dibayar oleh kerajaan. rezab antarabangsa = RM427.9 Bilion – boleh cover hampir semua hutang kerajaan Persekutuan.
tahap hutang as a percentage of GPD masih rendah (53%) berbanding negara-negara lain seperti USA = 90%; Singpaura = 98% dan Jepun = 200%!
Sabah also in financial terms is "in positive teritory" with fianncial reserves of RM2 billion, the highest figure since Musa became chief minister six years ago. He also the State's Financial Minister.
Multiple trade surplus of more than two to RM18.1 billion last year, unemployment fell to 4.9 percent from 5.5 percent in 2007 even though inflation rose slightly to 6 per cent due to the high price of oil.
However, inflation declined to 4.2 percent this year because the cost of fuel, clothing, transportation and communications cost has decreased as well.
Although slightly more than 7.2 percent of foreign tourist arrivals last year, earnings will remain at about RM4 billion for domestic tourists from other states in Malaysia, to help overcome the shortage.
Tourism is the third largest income in Sabah and the results obtained this year will most likely be permanent.
It is on track to achieve the target of 2.3 million tourists this year, especially after the terminal Kota Kinabalu International Airport can receive 3,200 passengers an hour, ready to operate. Some 1.6 million tourists came to the end of September.
Confidence in the state economy is evident in private investment, which saw 4.2 percent growth in bank loans to RM27.6 billion in the first nine months of this year, even though banks very wary of the global economic slowdown. For most of their investment in the construction sector, real estate, finance and insurance and agro-business involves.
However the deterioration of global demand for goods saw income from manufacturing and services declined about one-third last year to RM705 million from RM1.1 billion in 2007.
However, finding funds to spend proves to be a challenge to the Sabah State government due to the limited sources of income. Largest source is sales tax of RM910 million, mostly from crude oil sales tax estimated to be worth RM820 million a year. The rest comes from gambling taxes (RM90 million) and land (RM50 million).
Royalty came mostly from oil and timber, will give the state a total of RM725 million next year, declined by a quarter because Sabah is estimated to receive about 13 percent from 5 percent royalty oil at the rate of RM647 million as Petronas, the national oil company, expects oil prices more low. This year, it is estimated to earn RM742 million.
Catat Ulasan