Biarpun masih belum digunakan sepenuhnya, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tersergam di Alai, Melaka sudah mengalami masalah serangan kulat.
Keadaan permukaan dinding yang berkulat itu boleh dilihat memenuhi ruang pejabat.
Bangunan yang beroperasi sejak 30 Mac tahun lalu itu kini hanya menempatkan 54 kakitangan berbanding tahap kapasiti sebenar yang boleh memuatkan sehingga 112 orang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika melakukan lawatan ke bangunan berkenaan baru-baru ini berkata, akan menjalankan siasatan terhadap punca berlaku kejadian tersebut termasuk langkah mengatasinya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan faktor tempias hujan akibat angin kencang berikutan kedudukan bangunan bersebelahan pantai dan faktor paras air bawah tanah menjadi punca masalah air bertakung dan berlumpur di beberapa bahagian ruang bangunan itu.
Jelasnya, pihak konsultan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bekerjasama mengatasi masalah kulat dan air bertakung di dalam bangunan bernilai RM23.4 juta itu.
Dalam masa sama juga, tempoh penyelenggaraan kontraktor yang sepatutnya tamat pada 10 Mac ini akan ditangguhkan sehingga permasalahan itu selesai bagi menjalankan kerja-kerja membaikpulih.
Bangunan yang beroperasi sejak 30 Mac tahun lalu itu kini hanya menempatkan 54 kakitangan berbanding tahap kapasiti sebenar yang boleh memuatkan sehingga 112 orang.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika melakukan lawatan ke bangunan berkenaan baru-baru ini berkata, akan menjalankan siasatan terhadap punca berlaku kejadian tersebut termasuk langkah mengatasinya.
Dalam masa sama juga, tempoh penyelenggaraan kontraktor yang sepatutnya tamat pada 10 Mac ini akan ditangguhkan sehingga permasalahan itu selesai bagi menjalankan kerja-kerja membaikpulih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan