Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengubah budaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar lebih berdaya saing kerana dilihat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.
Khalid berkata, Najib perlu mengubah budaya semua GLC dan menegaskan kepentingan amalan korporat yang baik.
"Kerajaan negeri Selangor mempunyai pandangan yang berbeza mengenai unsur-unsur yang diperlukan untuk pembangunan tulen dan lebih rancak. Pertama sekali kita perlu memastikan bahawa ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi teras kepada mana-mana perniagaan, terutamanya GLC.
"GLC perlu dibangunkan untuk menjadi lebih berdaya saing dan berjaya tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan selain tidak menggalakkan kelahiran golongan kelas 'rentier' yang menjadi barah dan mengancam ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Khalid merujuk pertemuan Najib dengan ketua-ketua korporat di Shah Alam baru-baru ini yang didakwanya secara terbuka meminta mereka membantu kerajaan pusat membangunkan negeri Selangor.
"Permintaan perdana menteri itu tidak membawa sebarang makna jika beliau terus menggalakkan dan membenarkan berlakunya amalan-amalan korporat yang menghalang pembangunan sebenar, membantutkan persaingan dan menyuburkan amalan tidak sihat," katanya.
Dalam kenyataannya malam tadi, Khalid berkata, dasar penswastaan yang kerajaan pusat hanya memberi keuntungan kepada syarikat swasta dan rakyat sebaliknya menanggung kerugian.
Jelasnya, kerajaan hanya menggunakan wang pembayar cukai untuk menutup kegagalan penswastaan tanpa menghasilkan sebarang pembangunan seperti yang diharapkan.
Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar penswastaan untuk menghentikan agihan keuntungan tidak seimbang dengan melakukan penyusunan semula supaya rakyat menikmati faedah.
"Polisi dan dasar kerajaan pusat yang turut diamalkan di negeri Selangor sebelum 2008 dipenuhi dengan unsur-unsur rasuah, layanan berat sebelah dan perbuatan menyuap pihak-pihak yang berkepentingan," dakwanya.
Khalid berkata, Najib perlu mengubah budaya semua GLC dan menegaskan kepentingan amalan korporat yang baik.
"GLC perlu dibangunkan untuk menjadi lebih berdaya saing dan berjaya tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan selain tidak menggalakkan kelahiran golongan kelas 'rentier' yang menjadi barah dan mengancam ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Khalid merujuk pertemuan Najib dengan ketua-ketua korporat di Shah Alam baru-baru ini yang didakwanya secara terbuka meminta mereka membantu kerajaan pusat membangunkan negeri Selangor.
"Permintaan perdana menteri itu tidak membawa sebarang makna jika beliau terus menggalakkan dan membenarkan berlakunya amalan-amalan korporat yang menghalang pembangunan sebenar, membantutkan persaingan dan menyuburkan amalan tidak sihat," katanya.
Jelasnya, kerajaan hanya menggunakan wang pembayar cukai untuk menutup kegagalan penswastaan tanpa menghasilkan sebarang pembangunan seperti yang diharapkan.
Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar penswastaan untuk menghentikan agihan keuntungan tidak seimbang dengan melakukan penyusunan semula supaya rakyat menikmati faedah.
"Polisi dan dasar kerajaan pusat yang turut diamalkan di negeri Selangor sebelum 2008 dipenuhi dengan unsur-unsur rasuah, layanan berat sebelah dan perbuatan menyuap pihak-pihak yang berkepentingan," dakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan