PAHANG DAILYPEKAN - Para pembeli rumah di Taman Rendang Azalea yang letaknya hanya kira-kira 150 meter dari kediaman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) di sini kecewa akibat projek itu yang kini terbengkalai sejak empat tahun lalu.
Pembeli yang rata-ratanya adalah guru dan kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Menurut salah seorang pembeli yang ditemui, perkara ini sudah diajukan kepada pihak atasan namun hingga kini keadaannya tetap sama.
"Sampai bila kami harus menunggu?. Taman ini begitu dekat dengan rumah PM di Pekan.. takkanlah PM tak nampak atau tak dimaklumkan. Surat sudah kami hantar kepada Wakil Rakyat setempat, ADUN Peramu Jaya (YB Ibrahim Awang).
Dia kata nak tolong.. tapi habuk pun tak dak. Malah kami juga sudah panjangkan perkara ini kepada PM sendiri melalui Setiausaha beliau iaitu Sato' Sheikh Fauzi .. jawapannya tetap sama.. tunggu..tunggu..tunggu.. tiada apa-apa tindakan yg dilakukan pihak terbabit. Sampai bila kami harus begini... bulan-bulan kami perlu bayar loan bank", katanya.
Jika isu ini berlaku di kawasan lain seluruh negara, mungkin ia tidak menjadi masalah. Namun, anehnya ia berlaku di kawasan parlimen PM Najib Razak sendiri di Pekan. Mana mungkin Perdana Menteri yang kini bercakap berdegar-degar untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat di seluruh negara tiba-tiba rakyat sendiri hidup merana dan tersiksa.
Malah, ramai pembeli yang kecewa itu khabarnya akan berpaling tadah dan tidak akan mengundi Najib lagi pada PRU13 ini.
"Janji tinggal janji, dekat luar bising nak tolong orang, nak bela orang, nak jaga kebajikan dan macam-macam. Tapi kami rakyat Pekan sebenarnya hidup merana biar pun Najib anak beranak jadi PM sejak sekian lama. Pekan terus mundur dan jika ada pembangunan pun kini tinggal menjadi gajah putih macam projek minyak dan gas di Tanjung Agas.
Najib hanya menjaga orang-orang Kemboja dan warga asing lain yang kini semakin ramai mendiami Pekan. Semua itu untuk undi PRU nanti. Sebaliknya kami orang-orang Melayu menjadi mangsa beliau. Benda sekecil ini pun dia tak boleh nak tolong.. tak payahlah berjanji itu ini untuk menipu rakyat. Kami akan kempen jatuhkan Najib sama masa PRU10 dulu. Ingat, kuasa ditangan rakyat!", tambah seorang lagi pembeli.


Inilah butki, taman perumahan yang sudah empat tahun terbengkalai itu

Cuba lihat, lalang sudah semakin tinggi menghiasi kawasan rumah terbabit
[Sebenarnya memang sudah lama rakyat Pekan terutamanya orang Melayu sedar akan senario ini. Perdana Menteri sudah dua kali dari Pekan, tapi bandar Pekan dan pembangunan di sekitarnya masih ditakuk lama.
Projek yang ada sekali pun semuanya dimonopoli oleh orang luar (kontraktor), sedangkan orang Pekan sendiri tidak dapat merasai nikmatnya. Apa yang jelas dapat dilihat Najib lebih berselera menjaga orang luar dari orang Pekan sendiri.
Malah, dia lebih sayangkan warga asing dari Kemboja dari orang Melayu Pekan sendiri. Ekonomi di Pekan kini semakin dimonopoli oleh orang asing terutamanya di Tanjung Agas. Paling mengejutkan Pekan mendapat penambahan pengundi yang cukup luar biasa iaitu mencecah 80,000 orang dari sebelumnya.
Walhal, pengundi Melayu tetap seperti dulu. Persoalannya, dari mana pengundi tersebut datang. Inilah yang memusykilkan. Masalah yang dihadapi oleh pembeli rumah seperti yang didedahkan ini melibatkan orang Melayu Pekan. Bayangkan jika pembeli adalah orang Kemboja, maka sudah pasti tindakan segera akan diambil. Inilah fenomena yang berlaku dan menghantui rakyat Pekan mutakhir ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan