Kira-kira dua minggu lepas, aku dijemput untuk menghadiri diskusi dengan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu. Ramai juga yang hadir…dan terima kasih kepada DAP Melayu yang bagi peluang kat aku.
Aku ucap terima kasih sebab budaya mendengar kritikan ini sudah bermula dalam Pas. Kalau dulu, tak boleh kutuk langsung..tapi sekarang Timbalan Presiden pun berani menjemput orang-orang macam aku untuk berdepan dan mendengar kritikan. Salute to Mat Sabu.
Kalau hangpa ingat apa yang aku tulis dalam blog ini terlalu pedas..orang yang hadir hari tu lagi teruk dari aku. Cuma yang berlainan..kalau kutuk dalam blog..orang tuduh aku ejen umno. Tapi bila kutuk Mat Sabu depan-depan..dia cukup gentleman. After all…kita bukan nak bagi pelingkup. Kita cuma nak bagi lagi baik.
Banyak idea-idea yang keluar tapi ada satu perkara yang menarik hati aku bila Mat Sabu bercakap tentang budaya KBSM. Kahwin, Beranak, Sakit, Mati.
Ini budaya yang ada dikalangan wakil rakyat Melayu. Tak kira la dari Umno ka..Pas ka..atau PKR.
Wakil-wakil rakyat Melayu dikongkong oleh budaya KBSM. Nak kahwin mesti jemput wakil rakyat. Kalau wakil rakyat tak datang..dianggap sombong.
Dah beranak..kena panggil wakil rakyat untuk kenduri naik buai dan cukur kepala. Kadang-kadang sampaikan Menteri Besar diminta untuk cukur kepala budak. Itu tak teruk lagi..ada yang sampai minta Presiden parti cukur kepala budak. Kalau tak datang, wakil rakyat dianggap dah sombong.
Yang sakit tu lain cerita la. Elok la wakil rakyat datang menjenguk simpati..tapi kalau tak dapat datang toksah la kecik hati. Asalkan ada wakil yang datang cukup la. Lebih baik kalau wakil yang datang dan tolong selesai masalah..daripada wakil rakyat datang dan huloq RM50.00.
Mati ni tak boleh cakap. Bila-bila pun ada orang mati. Tapi kalau Menteri Besar terpaksa membatalkan program kerajaan semata-mata nak hadir mengucapkan takziah…tak payah la. Tak kan yang ni pun Menteri Besar nak buat.
Tapi..itulah budaya Melayu. Dan oleh kerana tekanan ini datang dari rakyat, maka wakil rakyat pun kena ikut. Kalau tidak nanti..takut hilang undi.
Akhirnya..kerja-kerja yang boleh dibuat oleh Tok Imam..Ketua Kampung..Ketua Cawangan dan YDP Kawasan..terpaksa dibuat oleh wakil rakyat. Tu belum masalah lampu jalan..jalan berlubang…longkang tersumbat. Apakah ini tugas wakil rakyat?
Oleh kerana kita yang menetapkan tugas-tugas wakil rakyat..maka secara tak langsung, kita juga menetapkan piawaian wakil rakyat.
Tugas wakil rakyat ialah di DUN atau Parlimen. Depa kena bincang..kena teliti akta-akta yang akan dibentangkan. Depa kena bincang tentang kesan-kesan akta-akta tersebut terhadap rakyat. depa kena bincang tentang dasar dan pelaksanaan. Ini bukan kerja senang. Ia memerlukan pengetahuan dan kepakaran.
Tapi orang Melayu tak peduli semua itu. Yang penting bagi depa ialah wakil rakyat mesti ada setiap kali mereka menghadapi masalah. Depa mau wakil rakyat mesti hadir disetiap kenduri. Depa mau wakil rakyat mesti ada sebelum mayat dikebumikan.
Depa tak peduli kalau wakil rakyat ponteng sidang DUN atau Parlimen. Depa tak peduli kalau wakil rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan atau tidak.
Bila budaya ini terus diamalkan..maka kualiti wakil rakyat merudum. Nak jadi wakil rakyat tak perlu kelulusan undang-undang. Nak jadi wakil rakyat tak perlu pandai berbahas. Nak jadi wakil rakyat tak perlu orang yang pandai merancang. Asalkan seseorang itu pandai ambik hati pengundi dengan hadir disetiap kenduri kahwin, kenduri dapat anak, melawat pesakit dan hadir dalam setiap kematian..yang tu dah dikira cukup bagus dan layak jadi wakil rakyat.
Ini berlainan dengan wakil rakyat DAP. Hangpa pi tanya berapa kali Guan Eng melawat kawasan dia setahun? Berapa kali Kit Siang turun melawat longkang-longkang di Ipoh Timor? Berapa kali Karpal Singh balik kekawasannya di Bukit Gelugor? Aku berani kata…tak sampai 5 kali setahun. Tapi macam mana depa boleh menang juga?
Sekitar tahun 2009, aku terbaca satu iklan dalam blog Tony Pua. Pusat-pusat khidmat DAP diselutuh negara menawarkan program internship untuk mereka yang berminat untuk menjadi calon pilihanraya.
Sapa yang berminat nak jadi calon pilihanraya kena buat praktikal dipusat-pusat khidmat. Orang-orang ini lah yang buat kerja untuk wakil rakyat. Wakil rakyat cuma hadir untuk majlis-majlis formal bila kerja dah siap.
Selalu kita tengok sidang media..wakil rakyat berjaya menyelesaikan masalah longkang. Padahal yang buat kerja orang lain. Wakil rakyat cuma datang tunjuk muka posing kat wartawan.
Program macam ni berjaya melatih lebih ramai bakal-bakal calon. Sapa yang tak mampu menyelesaikan masalah rakyat..toksah harap la nak jadi calon.
Selain daripada itu…kumpulan pemikir atau think-tank DAP memikirkan sesuatu yang jauh kedepan.
Dulu aku pernah tulis tentang generasi-generasi boomers, X, Y dan Z. Aku ceritakan tentang sikap-sikap generasi-generasi ini dan apakah kesan perubahan sikap diantara generasi ini akan merubah landskap politik negara.
Tak lama selepas aku tulis benda-benda tu..aku dijemput untuk memberikan ceramah tentang “Gen-Y dan masalah sosial” oleh sebuah universiti tempatan. Fuiyo!! tak sangka ada orang anggap aku terrer dalam bidang ini.
Sebenarnya, think-tank DAP dah lama memikirkan tentang peranan Gen-Y dalam politik negara.
Dulu aku duduk dalam Jawatankuasa Pilihanraya Pusat PKR. Banyak peluang-peluang untuk menghadiri seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh badan-badan bebas. Salah satu seminar yang aku tak dapat pergi..tapi masih dapat soft-copy tentang apa yang dibentangkan dalam seminar tersebut ialah satu seminar yang dianjurkan oleh think-tank DAP.
Pertama kali aku belajar tentang sikap generasi ini ialah selepas melihat satu presentation yang dibuat oleh Dr. Ben Lee dari EDS Business School. Hangpa google la sapa Dr. Ben Lee ini. Dia juga merupakan salah seorang pemikir dalam think-tank DAP.
Apa yang menarik ialah DAP sudah mula mengkaji tentang sikap..perangai..dan kecenderungan Gen Y lebih awal dari kita. Dari kajian ini, mereka mengatur strategi. Dari strategi mereka mengatur perancangan dan kemudian dilaksanakan.
Itu sebabnya mengapa Guan Eng sentiasa dilihat memimpin atau memulakan sesuatu perkara. Dia menaikkan elaun kepada guru ugama. Dia umumkan bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Ada elaun untuk mereka yang hafal Quran. Kemudian dia umumkan perisytiharan harta. (Aku sebutkan yang berkaitan Islam saja)
Bukan kah pemimpin yang beragama Islam yang sepatutnya memimpin dasar-dasar ini? Sepatutnya, Kedah, Kelantan dan Selangor la yang buat benda-benda ni. Pasai apa Guan Eng pi buat sesuatu yang sepatutnya dibuat oleh pemimpin Islam?
Aku setuju dengan Mat Sabu. “DAP adalah ancaman kepada Pas dan PKR.”
Sebabnya…PAS dan PKR cuma cakap…tapi DAP buat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan