HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Mac 2012

Piawaian pemimpin (3)

Oleh: MSK

Ramai orang marah kat aku pasai aku selalu kutuk Pakatan..tapi jarang kutuk Umno. Sebab itu juga, ramai member-member yang lari dari aku dan kata aku dah lari dari perjuangan. Depa mau aku ikut macam depa..kutuk Umno tiap-tiap hari. serang Umno tiap-tiap hari.

Aku kurang setuju..sebab daripada membuang masa dan menghabiskan tenaga mengutuk Umno..lebih kita cari kelemahan kita dan perbaiki. bukan dengan menonjolkan kekotoran orang lain..tapi kita sendiri bergelumang taik.

Aku merasakan bahawa kita jadi begitu sebab kita menggunakan Umno sebagai penanda aras.

Bila aku cerita tentang orang Pakatan yang sapu balak…maka ada la suara yang mengutuk aku balik. “Umno sapu juta-juta hang diam…berapa Umno bayaq hang?”

Seolah-olah..kalau kita buat sikit tak salah..yang salah Umno pasai depa sapu lebih banyak.

Bila ada orang Umno yang kena cekup pasai rasuah..kita pun bising hingga tak terkata. Tapi bila aku tulis pasai orang Pakatan pun rasuah pasir…maka adalah yang kutuk balik. “Hang nak jatuhkan PR ka? Shahrizat sapu RM250 juta hang tak pernah tulih pun. Tapi bila ADUN PKR kena siasat pasai pasir..hang tulis sampai boleh buat buku!!”

Bila orang Umno kena cekup pasai khalwat…kita pun berkokok walaupun hari dah siang. Tapi bila ada orang kita yang kena cekup..mula la keluar hadis dan ayat Quran..”Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

Apa piawaian yang kita gunakan untuk menilai sesuatu berita? Adakah kita perlu menetapkan piawaian..ataupun sekadar membuat perbandingan dengan Umno?

Kalau kita buat perbandingan dengan Umno…maknanya kita pun buat benda yang sama..cuma Umno lebih teruk lagi. Kalau itu yang kita buat..maka aku tak yakin kat hangpa. Sebabnya..kalau hangpa memerintah nanti..hangpa juga akan buat lebih dari Umno.

Bagi aku yang duduk ditengah..aku memang dah tak percaya kat Umno. Hangpa tak payah kutuk Umno pun tak pa..sebab aku bukan nak membandingkan hangpa dengan Umno.

Kalau seorang pencuri itu mencuri RM5,000.00..aku tak berapa kisah..sebab memang itu kerja dia. Aku akan salahkan polis sebab gagal menjaga keselamatan.

Tapi kalau Tok Imam mencuri duit masjid RM50.00…yang tu aku salahkan Imam. Kalau Tok Imam bagi tau aku..”aku ambik RM50.00 hangpa maki aku..tapi yang mencuri RM5,000.00 hangpa diam saja!!” aku katok kepala Tok Imam tersebut. Boleh ka aku bandingkan Tok Imam dengan pencuri?

Aku lebih marah kepada Tok Imam yang sapu duit masjid RM50.00 sebab dia dok bercakap tentang halal haram siang malam. Kita dok percaya dia orang baik..tup-tup dia buat kelaku macam tu…hangpa tak marah ka?

Kalau Najib ada skandal dengan Ziana..yang tu pun aku tak heran. Hangpa heran ka kalau Najib buat benda tu? Aku pun tak heran kalau orang Umno masih sokong Najib..sebab benda tu dah biasa dikalangan orang Umno.

Tapi kalau Ustaz dalam Pakatan yang buat benda tu…yang tu aku marah. Sebab aku harapkan Ustaz dalam Pakatan lebih mulia..tak pernah buat salah. Siang malam dok berceramah tentang moral…tapi kalau dia juga buat…aku tak boleh maafkan.

So…ada dua piawaian kat sini. Satu untuk UBN…satu lagi untuk Pakatan.

Untuk BN..piawaian apa yang nak kita pakai? Kalau nak pilih Ketua Cawangan pun main duit..Nak pilih Ketua Bahagian pun main duit..maka yang lahir dari pemilihan tersebut ialah kaki songlap. Tak perlu kita menilai sama ada depa baguih atau tidak. Campak saja ke tong sampah. Jangan simpan…empty the recycle bin.

Tapi untuk pemimpin Pakatan..piawaian nya cukup tinggi. Tak boleh bandingkan dengan Umno saja.

Kalau ada pemimpin Pakatan yang main duit untuk menang Ketua Cabang…campak saja. Jangan pikir dua kali sebab dia lebih teruk dari Umno. Dia lebih tak boleh dipercayai dari orang Umno sebab dia bercakap tentang nilai. Dia bercakap tentang keadilan dan ketelusan…tapi dia buat sebaliknya.

Kadang-kadang…aku terbaca juga komen-komen dalam blog-blog.,”

“Bro..No matter how bad Pakatan leaders are…they are still better than Umno leaders.” Aku tak boleh terima benda ni. Sebabya..aku selalu dengar..’tak ada Islam suku atau Islam separuh.”. Hukum minum arak pun tak kira sama ada kita minum setegok atau satu barrel. Hukum zina pun tak kira sama ada kita buat sekali atau setiap hari.

“Mana ada orang yang perfect bro!.” Aaaaa..yang ni la aku selalu dengar bila dah tak boleh nak berhujah. Ayat ni selalunya last sekali. Macam mana kalau ayat ni kita letak dipermulaan hujah dan dijadikan piawaian?

Tepuk dada.

Tiada ulasan: