KPDNKK dapati 10 peratus penduduk mudah terpedaya ‘labur’ setiap bulan
PAGOH: Kira-kira 10 peratus penduduk di luar bandar dan pedalaman dikesan menyertai skim cepat kaya setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengambil berat perkembangan membimbangkan itu kerana ia membuktikan rakyat negara ini mudah terpengaruh dan terpedaya.
“Menyedari masalah itu, kementerian menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak proaktif dengan turun padang menganjurkan Karnival SSM bersama Rakyat di seluruh negara terutama kawasan luar bandar bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai berkaitan perkara seperti bahaya skim cepat kaya ini dan mengelakkan mereka terus menjadi mangsa dan teraniaya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival SSM Bersama Rakyat dan Ulang tahun ke-10 SSM yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan