MALAYSIA KINI
Ibu
kepada Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara
itu manipulasi politik dan tidak masuk akal."Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam.
Maira (gambar atas, berbaju hitam) menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan.
"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.
"Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu akan datang dan akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira.
Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post.
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan