HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Jun 2012

DAP anggap peguam tak perlu sijil MAIPP

MALAYSIA CHRONICLE


GEORGETOWN- Kerajaan DAP Pulau Pinang menyifatkan sijil tauliah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengesahkan seseorang peguam layak menjalankan urusan guaman syariah sebagai tidak penting dan hanya formaliti pentadbiran.

EXCO Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata mana-mana peguam syariah di negeri ini boleh menjalankan urusan guaman tanpa masalah asalkan membayar yuran tahunan RM100 kepada MAIPP.

“Ia (surat tauliah) tidak penting, hanya urusan pentadbiran. Apabila peguam syariah yang beramal di negeri ini sudah membuat bayaran dan ada resit, peguam itu sudah pun ditauliahkan,” katanya, di sini semalam.

Rabu lalu, Berita Harian melaporkan 300 peguam syariah di Pulau Pinang terpaksa menjalankan urusan guaman syariah tanpa tauliah MAIPP berikutan perebutan kuasa dalam institusi tertinggi agama Islam negeri ini.

Masalah yang berlanjutan sejak enam bulan lalu itu disebabkan kegagalan kerajaan negeri mengumumkan nama individu yang dipertanggungjawabkan sebagai Yang Dipertua (YDP) MAIPP secara rasmi.

Difahamkan, Abdul Malik yang diperkenan pelantikannya sebagai YDP MAIPP oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, enggan menandatanganinya kerana bimbang dianggap menerima pelantikan tersebut melanggar janji dengan PAS pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir 2009.

Beliau berkata, peguam syariah di negeri ini tidak perlu mempersoalkan tarikh sebenar sijil tauliah itu akan dikeluarkan MAIPP kerana tidak timbul pertikaian dengan mahkamah syariah yang memahami perkara itu dan tidak pernah mempersoalkan sebarang kes dikendalikan peguam syariah di negeri ini sepanjang enam bulan pertama tahun ini.-BeritaHarian

Tiada ulasan: