Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menganjurkan ‘Himpunan Oren
Selamatkan Felda’ pada 14 Julai depan bagi membantah penyenaraian Felda
Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Saham.Pengerusi Anak Mazlan
Aliman berkata, peserta akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak sejauh 2kilometer menuju ke Istana
Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong
(YDPA) campur tangan isu FGV.
Menurutnya,
demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Timbalan Presiden PAS
Mohammad Sabu dan turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang mula berarak selepas selesai menunaikan solat Zohor dan solat
hajat.
“Kita sudah menjemput beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mansuh Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), NGO Felda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mensasarkan
penyokong sekurang-kurangnya 20,000 peserta, Mazlan berkata pihaknya
turut menjemput parti politik Pakatan dan Barisan
Nasional (BN) sama-sama menyertainya kerana ia isu yang membabitkan masa depan peneroka.
“Peserta
yang mahu menyertai perhimpunan itu nanti boleh memakai pakaian
berkonsepkan warna oren yang melambangkan Felda,” katanya.
Katanya,
Anak kini sedang giat mengadakan roadshow memberi penerangan kepada
peneroka dan generasi kedua Felda mengenai risiko penyenaraian FGV.
Sebelum
itu, Mazlan bersama wakil peneroka hari ini hadir ke Pejabat Perdana
Menteri di sini menghantar notis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak
menuntut supaya memohon maaf kerana mengungkap perkataan ‘haram jadah’.
Notis itu menganggap Najib semasa menyebut ‘haram jadah’ di Jengka 8, Pahang pada 8 Mei lalu itu boleh membawa maksud anak luar nikah, anak tidak sah taraf, pengkhianat, jenis tak tahu malu, tidak setiua dalam perjuangan, tak jujur, dan tak layak terima durian runtuh.
Notis itu menganggap Najib semasa menyebut ‘haram jadah’ di Jengka 8, Pahang pada 8 Mei lalu itu boleh membawa maksud anak luar nikah, anak tidak sah taraf, pengkhianat, jenis tak tahu malu, tidak setiua dalam perjuangan, tak jujur, dan tak layak terima durian runtuh.
“Datuk
Seri dikehendaki memohon maaf secara terbuka mengikut teks yang akan
disediakan oleh kami dihadapan warga peneroka Felda Jengka 8 dan bayar
pampasan ganti rugi sebanyak RM10,000 setiap satu klien kami dalam
tempoh 48 jam dari tarkikh terimanya surat ini kerana telah
mendatangkan keaiban, kerosakan dan kerugian kepada klien-klien kami.
“Kegagalan
Datuk Seri untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan
undang-undang diambil terhadap Datuk Seri menuntut jumlah
yang dinyatakan termasuk ganti rugi teladan, teruk, kos dan faedah tanpa sebarang rujukan kepada Datuk Seri,” notis tersebut dipetik.
Notis itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Saiful Azhar petang tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan