Oleh : HAFIZ YATIM
ADAKAH
Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran
dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap
bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri
Rafidah Aziz 15 tahun lalu?
Terdapat kemungkinan
besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat
laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara
Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala
Lumpur Mat Zain Ibrahim.
Terdapat
khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat
Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai 'rahsia'
kepada Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Mat
Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai Ketua CID KL selepas
daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan
siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.
Laporan
itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad, bekas Peguam Negara Mohtar Abdullah dan Gani
sendiri.
Laporan
itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas
ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim
Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.
Anwar
dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil
sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam
amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.
|
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 15 Jun 2012
GANI BOCORKAN DOKUMEN SULIT PADA ANWAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan