KENINGAU:
Nasib dua adik beradik yang menghidap penyakit Talasemia di Kampung
Nuntunan Apin-Apin kira-kira 20 kilometer dari sini bergantung kepada
ihsan para dermawan, ahli keluarga dan rakan-rakan yang bersimpati
dengan nasib kedua-dua kanak-kanak berkenaan.
Begitulah
luahan hati ibu kepada dua kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu,
Puan Widyawati Alidin yang membuat rayuan sumbangan ikhlas melalui media
berikutan pembiayaan rawatan anak-anak mereka Joey Jovein Joseph 3, dan
Jovy Joviel Joseph 2, yang mencecah RM460,000 .
Widyawati
berkata, kedua-dua anak mereka penghidap Talasemia sejenis penyakit
kecacatan darah yang major menyebabkan mereka terpaksa menjalankan
rawatan transfusi darah pada setiap bulan.
Selain
daripada itu katanya, kedua-kedua anak mereka ini melakukan rawatan
pengkelatan lebihan zat besi dalam badan secara berterusan selama 8
hingga 12 jam melalui suntikan jarum dibawah kulit.
Katanya,
rawatan bagi mereka adalah melalui pemindahan sum-sum tulang (Bone
Marrow Transpalant) atau trans tali pusat (Cord Blood Transpalant).
“Pada
bulan Mac lalu kami telah mendaftar DNA kedua-dua anak kami dalam
proses mencari sum-sum yang sesuai bagi rawatan mereka melalui Stemcyte
Company, Taiwan dan syukur kerana kedua-dua mereka mendapat padanan DNA”
kata Widyawati kepada New Sabah Times di sini kelmarin.
Katanya,
kedua-dua anak mereka akan memulakan rawatan pada hujung bulan Disember
tahun ini di Chang Gung Memorial Hospital Taiwan.
“Dengan
kos yang begitu tinggi kami memohon sumbangan ikhlas dari mana-mana
individu dan para dermawan mahupun ahli keluarga yang prihatin untuk
menampung kos rawatan kedua-dua anak kami” rayu Widyawati.
Beliau
memberitahu, semua sumbangan ikhlas boleh disalurkan kepada mereka
melalui nombor akaun CIMB 1005 0061 8295 23 / Maybank 1600 9034 2445
atas nama Widawati Alidin.
Katanya,
sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 0198071097
(Widyawati) dan 019-8037510 (Joseph Tunjang) bapa kepada kedua-dua anak
berkenaan.New Sabah Times -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan