Oleh: WFAUZDIN NS
"AH JIB GOR' di dalam usaha mendekati pengundi-pengundi Cina negara ini
sanggup dipersendakan oleh kaum itu apabila beliau membawa tajuk apakah
gelaran terbaik untuk diberikan kepada seekor Panda dari Kerajaan China
yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia. Hajatnya tentulah untuk
mengambil hati masyarakat Cina di negara ini kononnya Kerajaan Malaysia
mempunyai hubungan istimewa dengan Kerajaan China. Buktinya dapat
meminjam seekor Panda.
Di dalam laman FaceBooknya berbahasa Cina, Najib yang menggelar dirinya
`Ah Jib Gor" (Abang Najib, abang? wakakakaa..) menyebut "
kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.
"Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya
kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita, kata Ah Jib Gor (Malaysiakini).
![]() |
| Ah Jib Gor dan Panda bernama "cincin", "Beg" dan "Scoorpene" |
Di China, Panda adalah satu binatang yang amat dihargai dan binatang
cantik tersebut sekarang ini semakin pupus. Walaupun masyarakat Cina di
negara ini sentiasa terkenang akan negara asal usul keturunan mereka,
namun setelah menjadi sebahagian dari warganegara Malaysia, kaum Cina di
negara ini lebih peka dan prihatin dengan negara tumpah darah mereka
sendiri iaitu Malaysia. Bawalah beberapa ribu ekor Panda sekali pun,
kaum Cina tetap mahu Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang bebas
rasuah dan adil.
![]() |
| Kisah lembu kondo lebih menarik perhatian kaum Cina.... |
Walaupun Panda amat berharga dan terkenal di Negara China, namun bagi
masyarakat Cina di negara ini mereka lebih tertarik dengan cerita lembu
kondo. Lembu kondo keluarga Kak Ijat lebih dekat dihati mereka daripada
Panda yang suci bersih itu. Lembu kondo tidak sesuci sebersih Panda
kerana lembu kondo ini hasil dari penyelewengan satu keluarga. Itu yang
membuatkan kaum Cina di negara ini lebih tertarik dengan lembu kondo
daripada Panda China.
Paling melucukan dan kadangkala menggamit simpati kita apabila Ah Jib
Gor cuba menguji kebijaksanaan kaum Cina apabila mahu mereka memberikan
nama kepada Panda yang diberi pinjam sementara itu. Apakah gelaran yang
dicadangkan oleh kaum-kaum Cina ini kepada Najib? Gelaran itu amat
menusuk kalbu Najib dan Rosmah, iaitu mereka senang jika Panda tersebut
diberi gelaran "Cincin", "Beg tangan", "Scorpene", "Rara dan Suah-Suah"
(Rasuah). Itu lah bahananya jika sudah dibenci rakyat, semuanya akan
dipersendakan.
Andainya aku di tempat Ah Jib Gor, hari ini juga aku akan tutup akaun
FaceBook aku dan aku akan cari keluarga Kak Ijat untuk diambil tindakan
kerana keluarga itulah yang telah memalukan aku. Adakah Ah Jib Gor tahu
malu?/wfauzdin.blogspot.com


Tiada ulasan:
Catat Ulasan