Oleh: Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR: Jika Daniyar Nazabayez boleh menipu bapa tirinya sendiri, tidak mustahil beliau juga boleh menipu bakal bapa mertuanya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peringatan itu diberikan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengulas mengenai bakal menantu Najib yang banyak terlibat dalam banyak kes penipuan dan jenayah.
“Takkan Najib ingin bermenantukan seorang penjenayah? Kalau bapa tirinya senidiri boleh ditipu, tak mustahil Najib pun boleh ditipu. Ini dah macam penipu (Daniyar) menipu penyamun (Najib),” katanya.
Justeru beliau mendesak Najib menyatakan pendirian terhadap status pertunangan anak perempuannya kerana ia melibatkan maruah negara dan imej Perdana Menteri sendiri.
Portal New York Post minggu lalu mendedahkan Daniyar, 24, menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, seunit kondominium bernilai USD20 juta (RM60 juta).
Daniyar turut memalsukan dokumen kelulusan hingga membolehkannya belajar di Universiti Columbia iaitu tempat beliau berkenalan dengan Noryana Najwa.
Portal itu turut melaporkan ibu Daniyar, Maira Nazarbayez dikehendaki pihak berkuasa dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Aishah berkata, penipuan dilakukan Daniyar bukan perkara remeh kerana ia melibatkan nilai yang besar dan menjadi buah mulut masyarakat dunia.
Lebih memalukan katanya, Najib juga dikaitkan dengan skandal Scoorpene dan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibu yang kini turut menjadi perhatian antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan