MALAYSIA KINI
Gabungan
sekumpulan mahasiswa menuntut kerajaan supaya menyiasat dakwaan
berhubung penglibatan Umno memanipulasi pilihan raya kampus atau
berdepan dengan "tindakan yang lebih agresif""Kami menuntut diadakan siasatan secara menyeluruh berkenaan Opss 2020 ini atau kami akan melakukan tindakan yang lebih agresif dengan mengadakan pembongkaran demi pembongkaran dan seterusnya akan turun ke kampus-kampus untuk memberikan penerangan," katanya.
Dalam satu kenyataan media, Jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional (PMN) Edikoup Lakip Sediyanto menggesa supaya pihak yang terlibat membuat pengakuan atau penjelasan terbuka berhubung dakwaan tersebut.
Kumpulan pelajar terbabit ialah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dan Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA).
Semalam, PMN dan SMM mendedahkan dakwaan pertemuan pemimpin Umno, pembantu menteri, agensi kerajaan dan pegawai polis pada Januari 2012 untuk menjamin kemenangan kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus tahun ini.
Pertemuan itu dikatakan sebahagian daripada operasi yang membantu 'menyelaras pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam' yang pertama kali didedahkan oleh PMN pada 23 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan