MALAYSIA KINI
Kadar
sebenar jenayah di negeri Selangor menjadi pertikaian apabila
Kementerian Dalam Negeri didakwa memberi tiga jumlah berbeza untuk tahun
2009.Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membandingkan jawapan bertilis parlimen yang diterimanya pada 2010, dua hari lepas dan pembetulan terbaru Kementerian Dalam Negeri semalam.
Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Pua mempersoalkan sama ada angka itu disesuaikan dan kementerian patut memberikan angka secara terperinci mengikut jenis jenayah dan daerah seperti diminta.
"Jika mereka bangga kadar jenayah menurut sebanyak 20, 30 atau 40 peratus, mereka patut menyiarkannya tanpa teragak-agak," katanya.
KDN semalam menarik balik jawapan bertulis di parlimen kepada Pua berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip selepas wakil rakyat DAP itu menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap peningkatan jenayah.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, pembetulan kenyataannya sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara dan jawapannya sebelum itu terbatal.
Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan