"Tak timbul asalkan ada yang sponsor (taja)," katanya ketika ditanya tentang dakwaan di blog bahawa kerajaan membayar RM2.4 juta untuk persembahan itu.
Ahmad Shabery berkata demikian sewaktu menjelaskan dakwaan berhubung bayaran kepada kumpulan pop Korea, Dal Shabet dan Teen Pop.
Bagaimanapun, Shabery tidak mengesahkan jumlah sebenarnya bayaran yang dibuat kerana menurutnya kementerian masih mengaudit perbelanjaan untuk acara itu.
"Makluman awal saya difahamkan jumlah tajaan sama ada tunai, in-kind dan program melebihi RM20 juta.
"Namun kementerian masih dalam proses pengauditan," katanya.
Manfaat ekonomi pada semua
Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada kementerian, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.
Ketulenan surat itu bagaimanapun belum dapat disahkan pada masa ini.
"Tahun lepas, kesan ekonominya lebih RM100 juta. Tahun ini dijangka lebih besar dari itu.
"Ertinya modal yang dikeluarkan akhirnya kembali kepada rakyat melalui kesan gandaan yang lebih besar lagi," katanya.
Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu menarik perhatian sebahagian pengguna Internet di Malaysia kerana ia didakwa jauh lebih besar berbanding bayaran RM1.8 juta kepada ramai artis tempatan yang turut terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan