KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: “Persetankan mereka. Nabi Musa dan Nabi Yusuf juga difitnah. Saya manusia kerdil. Pohon kekuatan dari Allah SWT,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dalam twitternya.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap seorang teman twitternya, malam tadi.
Pengguna terbabit memberi reaksi berhubung tuduhan blogger upahan Umno,
Raja Petra Kamaruddin mengenai siasatan rasuah terhadap Azmin ditutup pada 1995 atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menjelaskan kepada seorang lagi teman twitternya berbunyi: “Saya hanya insan kerdil. Dosa saya ialah saya lawan Umno.”
Semalam, Raja Petra atau lebih dikenali RPK menerusi portal, Malaysia Today dalam entri bertajuk “MACC ‘Deep Throat’ comes out of the closet” (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri) mendakwa, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan ke atas Azmin dan menghapuskan fail siasatan.
RPK juga mendakwa, beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai BPR yang sudah bersara satu ketika dulu.
Pegawai yang dimaksudkan itu adalah bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya.
Azmin bagaimanapun menambah kepada seorang lagi rakan twitternya pagi ini dengan berkata: “(Tuduhan) Tidak berasas. 17 tahun dulu. Baca buku Datuk Shafee Yahaya bekas Ketua Pengarah BPR,” tulis beliau menjawab pertanyaan berkenaaan tuduhan tersebut.
Dakwa RPK lagi, kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada TPM pada masa itu iaitu Anwar.
Beliau mendakwa, fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.
RPK mendakwa, fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan