Oleh sakmongkol AK47
Awak bukan ada duit. Najib tahu ini. Isa sama tahu ini. kalau kita tak beri , mana kamu ada duit. Yang ambik saham dan yang tak ambik saham- semua telah di haramjadahkan oleh Najib.
Saya harap anak2 Felda akan beritahu emak dan ayah perkara ini.
Jumlah saham yang di keluarkan:-
per
|
Saham2 yang di tawarkan
|
Peratus(%)
|
Jumlah saham
|
1
|
Saham sedia ada yg di tawarkan
|
33.1
|
1,208.9 juta
|
2
|
Saham baru yang di tawarkan
|
26.9
|
980.0
|
3
|
JUMLAH
|
60.0
|
2,188.90
|
Katalah dari penjualan ini, Felda dapat RM 10 billion. Tanya Najib dan
Muhyidin dan Isa Samad- berapa Felda dapat? 40%? Kalau 40% mereka akan
dapat RM 4 billion. RM 6 billion pergi kepada menteri yang control
Felda- PM Najib. Kita tahu apa Najib akan buat dengan duit tersebut. Ke
hulu dan kehilir- hulur sana dan hulur sini. Maka jadilah BR1M- Beli
Rakyat 1 Malaysia.
RM 4 billion tunai ni apa Felda akan buat? Kena bayar hutang EPF. RM 3
billion. Hutang EPF kena bayar sebab itu wang rakyat. Maka tinggal RM 1
billion. Berapa lama Felda boleh bertahan sedangkan Felda memerlukan RM 3
billion setahun untuk beroperasi?
Lama kelamaan, yang baki 40% yang tidak di jual- ada orang yang gatal
mahu jual jugak. Bolehkah yang baki 40% itu selamat? Dengan Isa dan
Matlaon2 dalam Felda yang ada, boleh kita jamin 40% baki yang tidak
dijual , akan selamat dalam tangan Felda?
Yang baki 40% yang tidak di jual di pegang oleh siapa? Oleh Felda. Bagi
pihak Felda siapa pegang? Yang pegang ialah Felda Asset Holdings
Corporation. (FAHC). Cikgu Isa Samad kata, kita akan beri kepentingan
kepada KPF. Dalam bentuk Amanah Wawasan Felda. Entah jadi atau tidak
kita belum tahu.
Jika KPF memindahkan kepentingan nya dalam Felda Holdings apa mereka
dapat? Adakah mereka dapat kepentingan lansung dalam FGV? Tidak ada
pelabur2 mahu berurusan dengan koperasi!. Koperasi organisasi komunis,
mana boleh sesuai dengan penjudi kapitalis?
Cuba fikirkan. KPF akan hanya di beri kepentingan dalam orang tengah-
FAHC. Apa jadah nya FAHC? Felda Asset Holdings Corporation. Dan cuba
fikirkan lagi. FAHC pegang 40% dari jumlah keseluruhan saham. Pulangan
nya bergantung kepada kecekapan pengurusan FGV mendapatkan untung. FAHC
dapat dividen yang di tentukan oleh FGV. FAHC kemudian menentukan
dividend yang akan di agihkan kepada peneroka. Bukan FGV. Cuba tanya
lagi. Bolehkan FAHC jamin mereka boleh beri dividen sebanyak 15% yang
sekarang di terima oleh peneroka?
Jangan lompat dan terkinja kinja terlalu awal. Malu kita orang Melayu, dapat duit dari Najib, terlompat lompat macam jakun.
Cuba lihat bagaimana saham di agihkan.
per
|
Jenis pembeli
|
Peratus(%)
|
Jumlah saham( Juta unit
|
1
|
Yang di pilih oleh MITI
|
11.5%
|
419.5
|
2
|
Pembeli institusi
|
41.1%
|
1495.8
|
1 +2
|
Jumlah
|
52.6%
|
1915.30
|
4
|
Orang awam
|
2.0%
|
73.0
|
5
|
Peneroka Felda
|
2.5%
|
91.2
|
6
|
Kakitangan Felda
|
3,0%
|
109.4
|
5+6
|
jumlah
|
5.5%
|
200.6
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
60.0%
|
2188.9
| |
Saya harap peneroka yang melompat kegembiraan ketika mendapat duit RM 15,000 sedar dan insaf, itu sebenarnya makanan enak terakhir sebelum kamu kena sembelih. Selesai pengapungan warga Felda dapat 800 unit se keluarga. Kakitangan felda dapat lebih sikit. Warga felda( peneroka dan perkerja perbadanan felda hanya di peruntukkan sebanyak 5.5% dari saham yang di apungkan. Setelah di haramjadahkan- sekarang warga felda betul2 di haramjadahkan. 60% dari saham di miliki oleh orang bukan felda. Betul atau tidak dahulu kita katakan, akhirnya, felda bakal hilang semua nya?
Katalah , mereka dapat premium sebanyak RM 4, maka ketika hari
pengapungan, warga Felda dapat keuntungan potensi sebanyak RM 3200.
Mereka jual atau simpan selama 6 bulan? Ada yang jual dan ada yang
simpan sehingga 6 bulan. Bila habis 6 bulan, ketika tekanan dari
cornerstone investors menjadi jadi, harga akan naik tinggi. Warga Felda
akan jual untuk mendapat untung dan membayar hutang pinjaman beli saham.
Bila semua warga felda jual, tidak ada lansung kepentingan warga felda
dalam fgv. Ketika itu fgv akan di kuasai dan di miliki oleh orang bukan
felda.
Entah2 Isa Samad kalau dia masih pengerusi Felda dan Dato Sabri akan
gatal mahu turut jual saham 40% yang Felda pegang. Maklum sahajalah ,
harga saham menggunung sebab cornerstone investors bermain kasino dengan
saham peneroka felda.
Boleh kah kita harapkan warga Felda akan menyimpan saham yang di beli
mereka sebagai pelaburan jangka masa panjang? Sedangkan orang Melayu
lain yang bukan Felda yang ada pelajaran dan pengetahuan lebih tinggi,
sudah di buktikan akan menjual, maka demikian lah juga warga Felda.
Bukankah orang Melayu ada rekod menjual RM 52 billion nilai saham
daripada RM 54 billion yang telah di jualkan kepada mereka? Ini bukan
saya yang cakap- tapi kerajaan yang cakap. Dibawah DEB, dari RM 54
billion nilai saham- pegangan Bumiputra hanya tinggal RM 2 billion.
Jadi kalau Najib atau MUhyidin harapkan orang Felda akan simpan saham
sebagai pelaburan jangka masa panjang, mereka hanya mimpi di siang hari.
Di mana koperasi felda (KF)? Tempat orang felda mengadu nasib dan buat
pinjaman? Bukan kah KPF memiliki 51% dari Felda Holdings? Tapi mereka di
tinggalkan dari skim cepat kaya Pak Man Telo tajaan Najib dan Isa. Saya
masih tidak faham, macam mana FGV boleh offer kepada pembeli awam apa
yang mereka tidak miliki sepenuhya? Katalah semua lembaga pengarah KPF
bersetuju, atau di paksa bersetuju atau di rasuah dan di sogok untuk
bersetuju kepada penyeneraian FGV, bagaimana kepentingan 51% di
pindahkan? Jika di pindah, apa dapat dan berapa nilai nya? Sekarang
ketika dapat RM 15,000 dan RM 3-4 ribu sedikit bulan lagi, orang Felda
buat tak kisah sebab `bergumbira’ Najib beri ang pow, tapi setelah itu apa? Masa orang Felda sesak, mintak itu dan ini tak dapat, masa itu sudah terlambat. Nasi sudah jadi bubur.
Sesuatu yang kita ada dalam tangan dan kita boleh kuasai, kita serahkan
kepada orang lain. KPF tidak ada apa apa lagi. 40% dari saham
keseluruhan, di miliki oleh perbadanan Felda- Felda asset holdings
cororation( FAHC). KPF dapat dividen dari FAHC bukan FGV. Mengapa mesti
ada perantaraan antara peneroka dan FGV jika benar2 peneroka di
utamakan? Jawab nya, Najib dan Isa dengar cakap pelabur2- bahawa
koperasi tidak boleh di percayai. Ertinya, Najib dan Isa tidak percaya
kepada peneroka. Sudah tidak percaya pun, masih mahu melompat lompat
bila di rasuah RM 15,000.
Berapa felda dapat? Bila dapat jangan lupa bayar hutang dengan EPF
sebab duit EPF duit rakyat. Kalau rakyat kerdil hutang, kamu cari sampai
lubang cacing. Felda hutang, kena bayar. RM 6 billion semua nya. Atau
baki hutang tersebut. Selebih nya, tolong simpan, sebab sekrang kamu
telah kehilangan RM 2.5- 3 billion setahun. Felda memerlukan sebanyak
ini untuk menampung operasi pentadbiran dan menjaga kebajikan peneroka
dalam tanah rancangan. Felda masih pegang 40% saham- adakah pegangan ini
menjamin felda dapat sehingga 3 juta setahun? Dan siapa nak beri
divdien 15% setiap tahun kepada ahli koperasi?
Hooray untuk masa depan Felda dan anak cucu warga Felda.
Apa pasal lah yang bodoh sangat. Walaupun Najib bergegar cakap
langganan untuk pembelian saham ini, 30 kali ganda, ianya tidak
mendatangkan kesan apa apa keatas harga pengapungan. Semua orang tahu,
sentiment pasaran saham ialah sentiment kasino judi. Langganan itu hanya
menvercerminkan ramainya orang yang tdiak kena mengena dengan industri
sawit mahu menunggang diatas usaha Felda.
Yang membeli semua nya mahu mengambil kesempatan membuat untung yang
segera. Jika seorang yang berjaya membeli 15,000 unit atau 15 lot, maka
dia akan mendapat untung potensi sebanyak 60,000. Mamat yang tidak
pernah menjejak kaki dalam rancangan Felda boleh untung RM 60,000 jika
berjaya membeli 15 lot. Itu sudah jauh meninggalkan untung yang mamat
peneroka dapat sebanyak RM 3000. Walhal kamu warga Felda yang mana jika
tidak ada kamu, matlaon lain tidak boleh menikmati untung.
Dari contoh ini, sudah nyata di pihak yang mana Najib Razak memyebelahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan