Sultan
Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang
mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1
menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
Sultan
Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu
penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda
berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai
kesilapannya.
“Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya
“Janganlah
cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan
kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.
Bukankah
berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada
pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di
kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,”
titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima
Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Sultan
Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut
cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang
baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.
Sehubungan
itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin
masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati
apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah “cakap
siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”.
“Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan ” terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Sementara
itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di
negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati
kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang
tinggi dan berterusan.
Baginda
bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama
tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited
terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac
lepas.
“Lebih 30
peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang
dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu
minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di
selatan negeri ini.
Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini,” titah baginda.

Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus
mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha
untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.
Sultan
Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut
rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan
agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan
keamanan dan kemakmuran negara.
“Ingatlah
bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang
kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu
lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang
mudah terpedaya dengan tipu helah “musang yang berbulu ayam” ini,”
titahnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan