Muhyiddin berkata, desakan beberapa pihak supaya Anwar mengisytiharkan hartanya sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan beliau (Muhyiddin).
“Ini tuntutan daripada pertubuhan bukan kerajaan). Bila media tanya, saya hanya beri penjelasan. Anwar sendiri harus tampil dan jawab semua dakwaan itu, betul atau tidak.
Apa kena mengena dengan saya?,” katanya selepas majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, sekiranya Anwar pemimpin yang berintegriti, beliau tidak seharusnya membuat rakyat terus tertanya-tanya mengenai dakwaan itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan