Setiausaha
Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan
Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot
keluarga pemimpin Umno.
“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali
telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno
sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki
syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di
perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi
beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3
bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga
pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,”
katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin
berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang
mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat
milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani (gambar)mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani (gambar)mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya,
Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak
penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan