Sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
menyogok sejumlah wang kepada 10 penjawat awam supaya mendedahkan
maklumat berkaitan keselamatan negara.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia
(JMM), Azwanddin Hamzah, mendakwa mereka yang terlibat turut disogok
untuk menutup maklumat bahawa Suaram menerima dana asing kira-kira
RM100 juta.
Mendakwa
beliau memiliki bukti bertulis daripada bekas pemimpin tertinggi
Suaram, beliau berkata transaksi dana itu kebanyakannya dilakukan di
Thailand.
“Ada
beberapa kakitangan berjawatan penting di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM), Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut
membantu Suaram dengan memberi maklumat.
“Kebanyakan maklumat itu berkaitan rahsia kerajaan dan keselamatan negara. Mereka ini disogok untuk menutup operasi Suaram,” dakwa beliau.
“Kebanyakan maklumat itu berkaitan rahsia kerajaan dan keselamatan negara. Mereka ini disogok untuk menutup operasi Suaram,” dakwa beliau.
Dalam
sidang medianya di sini hari ini, Azwanddin juga mendakwa transaksi
dana asing dalam bentuk tunai itu dijalankan Suaram dengan
mengagihkannya secara kecil-kecilan dari jumlah USD1,000 sehingga
sebanyak USD5,000 sejak 1998.
Ujarnya,
“sepucuk surat rasmi akan dihantar kepada agensi kerajaan berkenaan
agar tindakan diambil terhadap pegawai yang terlibat menerima sogokan
itu.
Sementara
itu, beliau turut mendedahkan sebuah syarikat, Suaram Komunikasi
Enterprise yang mempunyai peranan sama serta menerima dana asing
seperti Suaram.
Dakwa beliau, Suaram Komunikasi ditubuhkan sejak 1998, lebih awal dari Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) dan turut berdaftar di SSM.
Dakwa beliau, Suaram Komunikasi ditubuhkan sejak 1998, lebih awal dari Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) dan turut berdaftar di SSM.
Menurut
Azwanddin, Suara Inisiatif mahupun Suaram Komunikasi, kedua-dua
syarikat ini adalah di antara yang dikenalpasti digunapakai oleh Suaram
sepanjang menjalankan operasi pemindahan dana asing tersebut.
Dana ini dipercayai digunakan untuk membiayai kegiatan ceramah dan demonstrasi jalanan yang dijalankan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan