HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Oktober 2012

Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!

 Staff Berita Semasa
Perniagaan Syed Mokhtar Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!

Kami sebenarnya tidak jeles apatah lagi iri hati tetapi kami “anti monopoli”. Apa sebenarnya matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Kalau tidak bukan, mahu menyaksikan kejayaan DEB yang menjanjikan 30% kekayaan ekonomi Bumiputera tercapai. Malangnya sehingga hari ini masih belum berjaya? Di mana silapnya? 

Jikalau aktiviti pembahagian kekayaan negara dan aset negara diberikan kepada satu dua individu, jangan sesekali kita bertanya mengapa dasar DEB tidak berjaya.

Apa yang berlaku hari ini, satu demi satu perkhidmatan dan penggunaan seharian dalam negara ini, sudah menjadi miliknya. Bumiputera lain pun mahu “merasa juga”. Sedangkan jurang Melayu kaya dengan yang Melayu miskin semakin meluas hari ini.
Syed Mokhtar Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!

Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan. Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya.

Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi. BERNAMA
Daripada segi sikap, kehidupan dia, sejarah dia, daripada segi pencapaian dia memang menjadi pedoman dan sejarah hidup dia kami sendiri simpan sebagai koleksi kejayaan orang-orang ternama di Malaysia
  • Jikalau diikutkan, kami sebenarnya bangga apabila orang Islam kaya.
  • Jikalau nak naikkan imej orang Islam biarlah “BERJAYA” atas sebab bersaing sesama Islam lain
  • Apa yang kami harapkan adalah syarikat-syarikat yang tiada “kepentingan” diberikan ruang dan peluang
  • Dalam etika perniagaan pun, diharamkan monopoli apatah lagi benda-benda yang menjadi keperluan & dekat dengan rakyat

Video Kritikan Bung Mokhtar Dengan Monopoli Syed Mokhtar di Dewan Rakyat

Aktiviti monopoli dan kekayaan negara haruslah dipecahkan. Kalau nak elakkan bagi Cina atas nama Tanah Melayu bagi mengimbangi ekonomi, agih-agihkan kepada Melayu lain yang berniaga juga dengan adil & saksama. Bukan hanya terletak pada seorang sahaja atas nama penswastaan. Apa-apa yang berlaku pada akan datang, apa akan jadi kepada Malaysia

Senarai Pegangan Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar ?

  1. Gula di Malaysia. Syed Mokhtar beli gula daripada siapa? Tan Sri Robert Kuok yang merupakan bekas Raja Gula Malaysia dan sekarang telah menjadi Raja Gula Dunia. Pimai-pimai Tang Tu juga. Gula sudah berapa kali naik harga?
  2. Roti gardenia
  3. Gas Malaysia
  4. Janakuasa BEBAS IPP – Malakoff
  5. Pelabuhan Pasir Gudang
  6. Lapangan Terbang Senai, Johor
  7. Modenas – modenas sapa punya…??
  8. MRT (akan datang)
  9. Beras (BERNAS). Anda nak beli beras SIAM, Beras Burma, Beras Faiza, cap burung helang. Memang benar,  beras ada macam-macam cop beras. Tetapi cuba anda perhatikan ada tertera, ditulis, beras diimport oleh BERNAS. Siapa pengimport utama? Beras apa cap sekalipun, tetap diimport oleh BERNAS sahaja.
  10. Insurans UNIASIA
  11. PROTON. Modal terendah, pengalaman kurang tetapi berjaya memilki PROTON? Erm…..tahniah…..
  12. POS Malaysia
  13. Pelabuhan Tanjung Pelepas
  14. Berhasrat mahu memiliki Pelabuhan Pulau Pinang.
  15. Sasaran seterusnya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
  16. Akan Datang??
Tan Sri Syed Mokhtar sekarang ini seorang sahaja sudah menyumbang 10% hutang negara. Kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar lebih kurang RM10 billion tetapi pinjaman yang dijamin oleh kerajaan telah dianggarkan sekitar RM35 bilion.
Yaa…benar, kebanyakan syarikat di dunia ini memang ada hutangnya, tetapi bukannya masuk dalam “hutang negara”. Ada beza di situ. Hutang beliau sahaja telah menyumbang liabiliti besar kepada negara.
Isu sekarang ini adalah “concentratioon of risk = systemic risk”
Tan Sri Halim Saad Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!! 

Kalau sebelum ini kita telah melihat sendiri apabila Kumpulan Renong yang menguasai hampir segala-galanya. Masih ingat lagi? Tetapi masalah sekarang ini lebih merisaukan, pegangan kepentingan negara terlalu banyak dengan jumlah hutang yang sangat tinggi. Kami tidak mahu lagi melihat satu lagi keruntuhan Kumpulan Renong.

Seperti mana kita tidak mampu menyelamatkan nyawa seorang individu yang bernama Tan Sri Halim Saad, yang telah “lari” dan meninggalkan hutang yang berbilion-bilion kepada negara. Adakah kita masih tidak belajar apa-apa yang perolehi pengajaran daripada peristiwa lampau?

Pasti ada yang takjub, begitu banyak modal Tan Sri Syed Mokhtar sehingag banyak dapat beli perniagaan strategik negara. Di mana kebenarannya. Jika anda faham terma di bawah ini, anda akan dapat tahu di mana datangnya modal banyak-banyak yang diperolehi oleh Tan Sri Syed Mokhtar :
  • Di mana datangnya modal banyak yang dimilki Syed Mokhtar?
  • “Government-Backed Guarantees” = modal
Kami pasti akan ada persoalan seperti kalau nak pecahkan monopoli ini, siapa yang layak sebenarnya ambilalih bisnes-bisnes ini?
  • Bisnes? Jawapan kami mudah sahaja. Kami sentuh satu sahaja rancangan Tan Sri Syed Mokhtar yang mahu mengambialih Pelabuhan Pulau Pinang. Sedangkan berpuluh-puluh pelabuhan boleh dibangunkan di Indonesia. Nama pun ‘kepulauan’.
  • Tetapi….persoalannya sekarang, kenapa & mengapa beliau tetap berkeras juga mahu mengambil Pelabuhan pulau sekangkang kera di Pulau Pinang daripada kerajaan?
  • Jawapannya….terletak kepada kata kunci ini : “daripada kerajaan”. 
Kononnya nak elak dari bangsa lain monopoli maka bagilah kepada Syed Mokhtar. Beliau monopoli bisnes Melayu lain, hanya kerana dia sudah “established”, maka semuanya kena bagi kononnya dialah yang paling layak? Benarkah?

Ramai lagi Melayu lain yang layak, yang ikhlas nak berniaga. Tetapi sayangnya mungkin mereka tiada “kelebihan hubungan erat” dengan golongan yang berkuasa? Mungkin?

Dahulu ya…terus terang kami kami katakan, kami agak menghormati beliau. Itu dahulu…….Sekarang?
Tetapi sejak isu pengambil alihan Proton oleh Syed Mokhtar dan bisnes Gula, kami perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan cara beliau menjalankan perniagaannya sekarang ini. Ok. Kami berikan contoh mudah di sini :

Syed Mokhtar Proton Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!
  • Dalam isu Proton, kerajaan boleh pilih DRB-HICOM walaupun ada 5-6 pembida lain yang sama-sama layak. Memburukkan lagi keadaan apabila DRB-HICOM adalah pembida paling rendah.
  • Sudahlah harga jauh lebih rendah berbanding pembida lain. Tiada rancangan jangka masa panjang untuk Proton dalam “proposal” pun tiada. Sedangkan pesaingnya seperti Datuk Nadzmi ,
  • Apa yang istimewanya Tan Sri Syed Mokhtar ini?
  • Sudahlah diberikan secara tergesa-gesa tanpa ada hala tuju jelas dan perancangan khusus untuk menaikkan nama Proton.
  • Walhal semua sedia maklum Tan Sri Syed Zainal telah berjaya menaikkan semula nama Proton dalam beberapa tahun ini selepas amat teruk dikerjakan Tan Sri Mahalel
  • Dan bilamana Proton berjaya diperolehi, pengumuman pertama mereka adalah Proton akan pindah ke Tanjung Malim? Cadangan & dasar apakah ini? Semuanya atas alasan lebih ekonomikal dan efektif. benarkah? Dan DRB HICOM telah juga mengumumkan pelan pembangunan hartanah “Plant Proton Shah Alam” pada skala RM5 billion lebih!
  • Beliau beli Proton pada harga RM3billion lebih dan dapat untung dari jual aset PROTON dengan keuntungan sekitar 2X ganda.
  • Cadangan ini telah lama disuarakan oleh PROTON PROPERTIES (anak syarikat PROTON sebelum DRB-HICOM ambil alih) kepada kerajaan, tapi kerajaan halang dan akhirnya sanggup jual PROTON pada harga rendah. Sebab? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada kakitangan proton amnya dan rakyat Malaysia umumnya untuk menjawabnya.
Bisnes apakah ini? Beginikah cara meniaga yang perlu kita sanjung?

Sedangkan pesaing DRB pada masa itu, Dato Nadzmi bersama Datuk Syed Zainal sudah sediakan pelan 5-10 tahun untuk PROTON (boleh baca laporan The Edge Malaysia di sini), sebagai kesinambungan projek PROTON yang sedia ada…
  • “Turn around” yang dibuat oleh Syed Zainal yang kami perhatikan agak bagus kerana beliau nampak potensi PROTON
  • Tiba-tiba dalam berapa bulan sahaja PROTON kena jual dengan cara yang begitu hina sekali
  • Seolah-olah segala pelaburan, harapan dan jasa yang beliau berikan kepada PROTON selama ini langsung tidak bermakna
  • DRB cuma tahu pasang kereta, bukan buat dan keluarkan kereta. Ade beza yang besar antara dua perkara itu. Hakikatnya, DRB-HICOM hanya berminat mendapatkan aset Proton semata
Syed Mokhtar Terkaya Malaysia Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!
Kalau dikatakan cadangan bertujuan untuk kelangsungan survival Melayu & bumiputera dan sebagai “benih” untuk pembangunan ekonomi Melayu pada masa depan, mana yang anda akan pilih?
  • ada 1000 jutawan Melayu ?
  • atau seorang sahaja Billionaire Melayu.?
Inilah pentingnya jutawan yang ramai. Ini kerana dengan benih jutawan-jutawan inilah perniagaan akan berkembang dan melahirkan lebih banyak sumber kekayaan dikalangan bangsa Melayu & golongan bumiputera, inilah intipati sebenar Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tetapi jikalau semuanya mahu dilonggokkan di atas bahu seorang dua individu, maka pengagihan kekayaan tidak akan berlaku dengan sekata bahkan amat berbahaya kepada negara. Tambahan pula, apabila aset-aset disandarkan kepada nilai hutang yang melampau.

Syed Mokhtar Al Bukhary Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!! 

Walaubagaimanapun, risikonya jauh lebih rendah jikalau kekayaan itu diagikan kepada lebih ramai individu di mana setiap individu hanya memegang peratusan liabiliti yang amat kecil kepada negara dan peratusan kebarangkalian untuk aset individu menguncup jauh lebih kecil .

  1. Kerana pemberian pinjaman-pinjaman berskala kecil kepada peminjam yang berkewangan kukuh.
  2. Untung yang Bank Rakyat perolehi daripada seoarang peminjam mungkin sedikit sahaja, tetapi…..tetapi jaminan bayaran balik dan unjuran untuk jangka masa panjang menyebabkan keuntungan meningkat dengan sekata, kukuh dan tetap (walaupun sedikit).
  3. Gabungkan urusan semua peminjam dan kita akan dapat lihat betapa kukuh urusan ini dalam menghadapi pelbagai situasi walaupun pada tahun-tahun kemelesetan ekonomi mereka tetap mencatat keuntungan.
  4. Konsep yang sama juga boleh diterap dalam menangani isu monopoli dan kekayaan negara yang hanya diletakkan di bagi seorang dua individu di Malaysia.
P/S : Kalau benar-benar nak membantu orang Melayu, agihkanlah kekayaan kepada Melayu yang lain. Bukan kumpul semua harta bawah satu, dua orang sahaja.

PP/S : Kami bersedia untuk dikritik kerana mengangkat isu ini kerana kami rasa ia perlu diperbincangkan dan tidak mengharapkan langsung untuk kalangan pembaca Berita Semasa bersetuju dengan pendapat kami. Apa pula pandangan dan respon anda pula dengan isu ini?

Tiada ulasan: