Saifuddin yang juga ahli Malis Tertinggi Umno menggambarkan bagaimana pembaharuan dilakukan oleh Najib sama ada di dalam parti mahupun sebagai ketua kerajaan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kalau hendak gunakan penghujahan, saya melawan arus dan sebagainya, Datuk Najib lagi melawan arus.
Pokoknya ialah Datuk Najib ke depan. Sebagai individu, sebagai ahli, beliau cintakan Umno, beliau mahu Umno itu lebih dinamik.
"Saya mengikut langkah yang dilakukan oleh beliau dan juga ramai tokoh-tokoh dan ahli Umno sebelum ini yang sentiasa berjalan lebih ke depan untuk membawa partinya menjadi lebih progresif," kata beliau.
Kedua-dua Najib dan Saifuddin merupakan ahli politik dari Pahang.
Najib mengambil alih kepimpinan parti, Barisan Nasional dan jawatan Perdana Menteri keenam sejak awal 2009, susulan prestasi paling buruk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum 2008.
Ekoran keputusan 2008, ramai melabelkan Umno sudah tidak relevan dan harus berubah demi survival parti.
“Saya bagi contoh. Kalau kira cerita biasa Umno, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dipertahankan. Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) tidak akan dipinda.
“Kebebasan media tidak akan dibincang. Perhimpunan aman tidak akan diizinkan....," katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual baru-baru ini.
Saifuddin, yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ditanya soalan sama ada beliau melawan arus dengan bersuara lantang meminta kepimpinan Umno berubah dan mengambil sikap liberal dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.
Selain tampil dengan keberanian meminda ataupun memansuhkan akta yang didakwa sebagai menzalimi rakyat, Najib juga seorang pemimpin yang begitu aktif menggunakan medium media baru dalam menyampaikan dasar-dasarnya, kata Saifudddin.
Dan, selain muncul di kaca televisyen, Najib turut mendekati rakyat melalui laman sosial Facebook, Twitter, blog, temu bual bersama stesen radio termasuk sesi soal jawab atas talian seperti #Tanya Najib, 3 Oktober lalu.
Pemimpin itu dilihat bijak menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk mendekati dan menyelami jiwa rakyat.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mengakui bahawa beliau antara pemimpin yang menyahut seruan Najib dan mahu terus sama-sama membudayakan politik yang lebih berilmu dan matang di negara ini.
“Saya mengikut langkah yang dilakukan oleh beliau dan juga ramai ahli-ahli dan tokoh Umno sebelum ini yang sentiasa bergerak ke depan untuk membawa partinya lebih progresif,” katanya.
Ditanya sama ada beliau bertahan dengan pelbagai kritikan terhadap beliau ekoran keterbukaannya hanya demi survival Umno, Saifuddin nyata sekali tidak bersetuju dengan pendapat itu.
“Pada saya, Umno merupakan sebuah parti yang bersifat dinamik. Walaupun ada pembangkang dan sesetengah pihak anggap, Umno ini sudah jadi dinosaur. Tapi sebenarnya ia sebuah parti yang dinamik.
“Tetapi kerana Umno itu terdiri daripada individu-individu yang akan berjalan lebih depan daripada partinya dan membawa parti itu berubah menjadi lebih dinamik dan bersesuaian dengan tuntutan zaman, maka lahirlah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno, sebagai Perdana Menteri.
“Kalau hendak guna penghujahan saya melawan arus dan sebagainya, Datuk Najib lagi melawan arus.
Pokoknya ialah Datuk Najib ke depan. Sebagai individu, sebagai ahli, dia cintakan Umno, dia mahu Umno itu lebih dinamik," tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan