Datuk
Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian kontroversi kapal selam
Scorpene semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1995, kata
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang penglibatan
SUARAM dalam penyiasatan kes itu, hari ini.
Syarikat
dari Perancis DCNS telah memenangi kontrak bernilai €1 billion pada
tahun 2002, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan
liwat pada tahun 2000, tetapi kumpulan tersebut menuduh kelulusan
tersebut berlaku ketika beliau menjadi menteri kewangan pada tahun
1990an.
“Kenapa
SUARAM tidak mendedahkan pembelian Scorpene itu dibuat oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim?” kata Dzulkarnain Taib, presiden Kelab Wartawan Muda di
sidang medianya hari ini.
Beliau mendakwa isu Scorpene dibincangkan dalam Kabinet pada tahun 1991.
“Dalam
tahun 1995, menteri kewangan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah meluluskan pembelian Scorpene,” kata Dzulkarnain.
Beliau menerangkan kronologi tentang pembelian dua kapal selam itu, dan berkata perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2002 dan menerima kapal selam tersebut pada 2010.
Beliau menerangkan kronologi tentang pembelian dua kapal selam itu, dan berkata perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2002 dan menerima kapal selam tersebut pada 2010.
Pada 11
Oktober lalu beberapa kumpulan NGO berkata Suara Rakyat Malaysia
(SUARAM) tidak mewakili plaintif dalam inkuiri di Perancis tentang
perjanjian kapal selam Scorpene itu.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) peringkat Wilayah Persekutuan.
Beliau
bagaimanapun enggan menunjukkan dokumen tetapi hanya memberi nombor
rujukan mahkamah pada dokumen itu.
Bila ditanya apakah mereka tahu
tentang permohonan SUARAM untuk menjadi plaintif bersama, Dzulkarnain
berkata “tidak mendengar apa-apa” tentang permohonan 16 Mac.
“Kami tidak mendapat maklumat, kerana maklumat yang kami dapat hanya pada 16 Mac,” katanya lagi.
SUARAM 17
Oktober lalu berkata mereka masih lagi terlibat membantu siasatan di
Perancis,dan berkata akan memberi keterangan di mahkamah Perancis pada
19 April .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan