Suami
keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki
lain.
Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati
isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih
mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya
apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’
di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di Melaka pada Ahad lalu.
Suami
malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram
dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama
Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap
isterinya dan lelaki terbabit.
Cerita
Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri
telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk
mengambil alat tersebut.
Salman
yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu
isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana
bertugas di luar kawasan.
“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam.
“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam.
Kata
Salman, isterinya dicekup JAIM bersama lelaki berumur 24 tahun itu di
dalam salah sebuah bilik di rumahnya pada pukul 4.15 pagi.
Selain isterinya dan lelaki itu, turut ditahan ialah seorang lagi wanita berusia 30-an yang berada di rumah itu.
Salman memberitahu, isterinya itu sebelum ini pernah ditangkap bersama lelaki lain di sekitar negeri ini pada tahun lalu.
“Saya
menerima isteri saya semula kerana masih sayangkannya tetapi hati saya
betul-betul hancur dengan kejadian terbaharu ini,” katanya yang tidak
mempunyai anak sejak berkahwin empat tahun lalu.
Sementara
itu, Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketiga-tiga mereka
ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka
1991 iaitu berkurung sehingga mendatangkan syak dan kemudian dibebaskan
selepas soal siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan