MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 3 Oktober 2012
APAKAH ADA SISA BAJET 2013 UNTUK KAMI?
Oleh : FAREED EDDISON SOLIMIN (ADY KALOY)
REDAH....Rombongan
dari Parti STAR yang diketuai oleh Penyelaras UBF-STAR Dun tersebut,
Feddrin Tuliang meredah sungai dan jalan balak yang sudah ditinggalkan
sejak bertahun-tahun lalu untuk sampai di Kg Penulangon, DUN N31
Paginatan Ranau.
ROMBONGAN
STAR disambut dengan penuh adat istiadat kaum KadazanDusun iaitu paluan
gong dan tarian Sumazau, menandakan mereka benar-benar teruja dengan
kehadiran rombongan STAR.
Penduduk Kampung
Penulangon mengakui terkilan kerana tidak pernah ditolong mana-mana
parti politik yang sudi menjenguk mereka di sana disebabkan jalan raya
yang sedia ada hanya sesuai untuk jalan khinzir dan tidak sesuai untuk
sebarang jenis kenderaan.
Sehingga
kini hanya Parti STAR sahaja yang sudi melawat mereka, seolah-olah STAR
telah memerintah Sabah kerana pemimpin STAR dekat di hati mereka.
Walaupun
majoriti penduduk Kampung Penulongan ini penyokong tegar UMNO dan PBS,
namun setelah berjauh hati, hampir 90 % penduduk Kampung ini telah
menyokong STAR.
Agak
menghairankan kenapa UMNO dan BN enggan menolong menaiktaraf jalan raya
dan semua infrastruktur? Masihkah ada sisa Bajet 2012 dan dapatkah
'ampit' Baje 2013? Apakah BN tidak memerlukan undi mereka lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan