HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Oktober 2012

Konvoi R banjiri Istana Kehakiman, dijangka ke KLCC petang

SITI AZIELAH WAHI

Konvoi R banjiri Istana Kehakiman, dijangka ke KLCC petang
Sebahagian daripada penyokong Konvoi Himpunan Aman yang berhimpun di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. 
 
Konvoi R banjiri Istana Kehakiman, dijangka ke KLCC petang
Sebahagian daripada penyokong Konvoi Himpunan Aman menyertai doa selamat di pekarangan di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. 
 
PUTRAJAYA - Lebih 1,000 penyokong Kerajaan Negeri Kelantan yang memperjuangkan isu royalti minyak berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman di sini, hari ini bagi memberi sokongan sementara menanti keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung dua permohonan kerajaan negeri itu.

Mereka tiba seawal jam 8 pagi, masing-masing memakai baju berwarna merah, dari Kelantan, menaiki empat bas dan lebih 600 kereta berkonvoi ke Putrajaya.

Hadir sama, beberapa Exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Datuk Husam Musa dan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Sebahagian daripada mereka, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan yang mengadakan Konvoi Himpunan Aman ke Istana Kehakiman Putrajaya bagi mendesak supaya hak hasil bumi mereka dikembalikan.

Presiden R,  Nazri Deraman berkata, konvoi itu diadakan sempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas.

Menurutnya, kumpulan tersebut yang kini mempunyai lebih 200 ahli di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak,  bukan hanya memperjuangkan isu royalti minyak bagi Kerajaan Negeri Kelantan, bahkan bagi semua negeri terlibat royalti minyak.

Sementara itu, sejurus selesai prosiding di Mahkamah Persekutuan semalam, sebahagian besar daripada mereka melakukan solat sunat syukur sebelum bergerak ke Kompleks Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum.

Antara lain, memorandum itu mendesak kerajaan membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Mereka turut menyerahkan referendum yang berjaya mengutip lebih 160,000 tandatangan sokongan rakyat Kelantan.

Mereka dijangka bergerak ke KLCC dan seterusnya ke Parlimen esok untuk menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Ketua Polis IPD Putrajaya, Asisten Comisioner Police (ACP) Abdul Razak Majid berkata, pihaknya menganggarkan sejumlah 1,000 penyokong hadir.

Menurutnya, pihak polis tidak menerima permohonan rasmi untuk kumpulan tersebut untuk  berhimpun.

Bagaimanapun pihak polis menempatkan lebih 100 anggota polis untuk mengawal keadaan di kawasan yang terlibat.

Tiada ulasan: