Azalina mahu saman Mazlan, Harakah
Beliau berkata, peguamnya sedang meneliti video dan teks ucapan Mazlan semasa Himpunan Hijau Lestari di Pengerang Ahad lepas.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen BN-Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mahu menyaman Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kerana menuduhnya terlibat dalam kelulusan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Bekas Menteri Pelancongan itu berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya Mazlan Aliman tidak rmohon maaf secara terbuka.
Beliau berkata, peguamnya kini sedang meneliti video dan teks ucapan Mazlan semasa Himpunan Hijau Lestari di Pengerang Ahad lepas.
“Peguam saya akan mengeluarkan surat tuntutan maaf daripada Mazlan.
“Jika tidak saya akan saman dia, Harakahdaily dan mana-mana portal atau akhbar yang turut memuatkan ucapan Mazlan kerana ia berniat jahat (mala fide).
“Saya agak terkilan sebab saya sudah menang tanpa bertanding di kawasan itu sudah dua kali dan saya tidak berbuat sesuatu yang akan mengetepikan kepentingan rakyat Pengerang.
“Kalau ada saya jumpa Perdana Menteri pun penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar dan bandar baru Felda,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.
Tiada tempoh masa
Bagaimanapun Azalina tidak memberikan tempoh masa kepada Mazlan dan mnyerahkan kepada peguam untuk memutuskan tindakan selanjutnya.
Mazlan semasa ucapannya mendakwa Azalina telah mempengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meluluskan projek RAPID kerana kawasan itu merupakan kubu Barisan Nasional (BN) yang terkuat, justeru akan tiada tentangan dalam pembinaan projek multi-billion itu.
Mazlan juga mendedahkan beberapa perkara lain berkenaan projek itu, antaranya mendakwa Syarikat DIALOG Group telah menempah tanah di kawasan yang akan dibangunkan itu yang berkeluasa 6,442 ekar dengan memberikan sebanyak 10% saham kepada kerajaan negeri Johor.
Mazlan mendakwa dengan pemberian itu yang beliau anggap sebagai sogokan, DIALOG mahu kerajaan negeri Johor menyelesaikan isu-isu pengambil alihan tanah.
Dalam ucapan himpunan tersebut yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Hijau, Mazlan mendakwa kerajaan Johor sebaliknya telah memberi 22,500 ekar lebih dari jumlah yang disasarkan.
Azalina turut memperlekehkan himpunan tersebut yang dianggapnya tidak mewakili suara majoriti kerana kebanyakan peserta yang hadir adalah orang luar, dan bukannya penduduk Pangerang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan