HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Oktober 2012

Debat, bajet lebih penting dari kabinet bayangan’

 
Berbeza di Malaysia, negara seperti Australia dan United Kingdom yang mengamalkan kabinet bayangan dibayar dengan bayaran rasmi.



SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan debat mahupun bajet adalah lebih penting berbanding cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat menubuhkan kabinet bayangan.

Ini menurut beliau, berbeza di Malaysia, negara seperti Australia dan United Kingdom yang mengamalkan kabinet bayangan dibayar dengan bayaran rasmi.

“UK dan Australia untuk kabinet bayangan mereka dibayar secara rasmi. Ini tidak berlaku di Malaysia.

“Malah bagi saya lebih penting debat, bajet dan polisi menjadi keutamaan berbanding kabinet bayangan ini,” katanya yang turut mengulangi pendirian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Beliau mengulas ketika ditanya mengenai cabaran Najib kepada Pakatan agar menubuhkan kabinet bayangan sebelum bercita-cita menjadi kerajaan sebenar.

Wan Azizah turut mempersoalkan mengapa BN tidak menubuhkan kabinet bayangan di negeri Pakatan.
“Kenapa di negeri Pakatan, BN tidak mengwujudkan kabinet bayangan,” soalnya.

Turut hadir dalam sidang media itu, Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen dan exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail.

Belanja 10 kali ganda


Sementara itu menyentuh mengenai belanjawan, Wan Azizah berkata Pakatan berhasrat membelanjakan 10 kali ganda lebih daripada ditawarkan BN untuk projek memberdayakan wanita.

Beliau menjelaskan Pakatan berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun, berbanding BN dengan hanya RM450 juta bagi tahun 2013.

Sambil menekankan dua polisi belanjawan Pakatan iaitu caruman wanita nasional dan elaun penjagaan anak, Wan Azizah berkata skim ini akan membantu khususnya wanita yang tidak bekerja dan miskin.

“Melalui caruman wanita nasional, Pakatan cadang untuk beri caruman RM600 setahun kepada setiap suri rumah dan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang wang RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman sama,” katanya.

Manakala untuk skim elaun penjagaan bagi membantu wanita miskin dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan.

Bagi setiap kanak-kanak bawah umur 12 tahun, Pakatan sediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1,000 setahun.

Rodziah pula berkata, skim ini bukan hanya membantu wanita namun kanak-kanak juga.

Tiada ulasan: