Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
Katanya, beliau “akur” dengan teguran kepimpinan PKR agar tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.
“Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali
supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.
“Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Katanya, teguran yang dibuat Timbalan PengerusiPKR Selangor, Zuraida
Kamaruddin semalam diterima dengan berlapang dada dan akan mengikuti
nasihatnya.
Selain Zuraida, Faekah juga diingatkan Ketua Penerangan PKR Selangor,
Shuhaimi Shafiei semalam supaya tidak memberi kenyataan secara membuta
tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.
Shuhaimi juga menasihati Faekah supaya membaca keseluruhan kenyataan
dibuat Azmin terlebih dahulu kerana ia jelas langsung tidak menjurus
kepada niat untuk menukar Khalid sebagai Menteri Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan