Mohd Soffi bijak memberikan jawapan kepada pembangkang tidak henti-henti mempertikai isu Lynas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Razak berkata, beliau berpendapat, perkara mengenai kertas putih itu boleh dibincangkan sekali gus semasa sidang Dun akan datang dan ia menjimatkan masa.
“Memandangkan ini sidang Dun terakhir maka adalah lebih baik sekiranya perkara mengenai kertas putih itu dibincangkan terus ketika itu.
“Lagipun kertas putih ini sepatutnya dulu lagi sudah dibincangkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Pakatan Rakyat (PR) menyokong supaya Kerajaan Negeri mengadakan sidang khas Dun bagi membincangkan tiga kertas putih melibatkan isu Talam Corporation Berhad (Talam), isu daftar pengundi dan penyusunan semula industri air di negeri ini.
Sementara itu, Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, perkara mengenai kertas putih itu adalah janji Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini untuk membentangkannya.
Katanya, ia mesti ditunaikan kerana sudah lama tertangguh dan sehingga ke hari ini masih belum dibentangkan.
“Ia merupakan tanggungjawab menteri besar untuk menjelaskannya kerana sekarang dah terlambat.
“Mengapa baru sekarang nak jelaskan? Kita (BN) memang menantikan penjelasan berhubung kertas putih itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan