KL TODAY
KEADILAN
menggesa seluruh rakyat termasuk anggota parti hadir beramai-ramai ke
Konsert Bersih 8 Tuntutan (8T), Sabtu ini.Naib Presidennya, Tian Chua
berkata, pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi untuk tidak
melaksanakan lapan tuntutan tersebut, sekaligus memberi persepsi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seakan-akan tiada kemahuan untuk
melaksanakan reformasi sistem pilihan raya.
“Oleh itu,
KEADILAN menyokong penuh usaha kumpulan NGO yang mengadakan konsert
tersebut, demi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya
pilihan raya yang bebas dan bersih,” katanya dalam kenyataan.
Konsert itu dijadual bermula 4.00 petang hingga 11.30 malam di Stadium Kelana Jaya dan masuk dengan derma minimum.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.
“Marilah
kita bersama-sama menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menuntut pilihan
raya yang bebas dan bersih,” kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.
Ahli
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 juga akan mendendangkan satu lagu
istimewa. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi
Bersama Bersih 2.0 turut membaca sebuah sajak khusus untuk konsert ini.
Konsert
ini adalah untuk bersantai, bergembira sambil mengingatkan pemimpin
kerajaan tentang tanggungjawab yang mendesak agar mereka melakukan
reformasi penambahbaik sistem pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan