anggota Pas seumur hidup, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang
juga Sasterawan Negara berhubung perjuangan politik Pas bukanlah satu
perkara baru sebaliknya telah lama diperkatakan.
Mudir Pondok As-Saadah,
Genting Tumpat, Ustaz Zainal Abidin Awang yakin bukan setakat Shahnon
Ahmad sahaja yang melihat perkara itu, malah kebanyakan ahli Pas
termasuklah pimpinan yang lain turut merasai perubahan perjuangan Pas
hari ini.
Cumanya
ujar beliau mereka mungkin setia kepada parti dan hanya sekadar
bercakap di belakang dan memerhatikan tindak-tanduk kepimpinan Pas dan
berkemungkinan ianya akan meletup secara besar-besaran pada satu hari
nanti.
“Masa dan
waktu itu tentunya akan tiba dan tunggulah bagaimana banyak lagi ahli
Pas akan bangkit mempertikaikan perjuangan Pas hari ini. Memanglah kita
nampak daripada pelbagai sudut dan orang ramai pun dah mula melihat
akan perkara ini.
“Saya sendiri pun dah lama nampak perubahan pada Pas…Dah banyak dah tergelincir perjuangan mereka dan yang ada hari ini masing-masing tertumpu kepada perjuangan menuju ke Putrajaya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
“Saya sendiri pun dah lama nampak perubahan pada Pas…Dah banyak dah tergelincir perjuangan mereka dan yang ada hari ini masing-masing tertumpu kepada perjuangan menuju ke Putrajaya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Perjuangan
politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu
bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr.
Shahnon Ahmad (gambar).
Beliau
berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti
kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan
kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.
Ustaz
Zainal seterusnya menambah apa yang diperkatakan oleh Shanon Ahmad itu
wajar diperhalusi dengan mendalam oleh pucuk pimpinan Pas dalam usaha
memartabatkan kembali parti berkenaan.
“Kalau
saya cakap mungkin orang akan cakap benda lama…tetapi realitinya
bukankah Pas pada satu ketika pernah menghentam UMNO yang mengambil
pendekatan bekerjasama dengan bukan Islam.
“Pada
waktu itu pelbagai tohmahan dilemparkan tapi hari ini mereka berkawan
dengan DAP yang terang-terang menentang perjuangan negara Islam. Kita
yakin dalam kekecewaan ini Shanon Ahmad tidak keseorangan ,“ katanya.-MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan