Najib merayu lagi. Dalam ucapan beliau di Expo Malaysiaku semalam Najib memohon dari ra
Persoalannya sekarang apa yang membuatkan beliau terayu-rayu kerana beliau telah dengan bangga dan takburnya memberitahu semua pihak yang UMNO serta BN akan memenangi pilihanraya ini dengan majoriti yang meyakinkan. Beliau selalu berkata yang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dan adalah terlalu tinggi risikonya jika rakyat memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Najib membuat rayuan ini kerana beliau merasakan yang kali ini
merupakan pilihanraya yang paling sengit yang akan di hadapi oleh BN
tetapi berlainan seperti yang beliau katakan semalam. Najib selalunya
bercakap besar dengan takbur yang keterlaluan. UMNO yang sekarang beliau
pimpin telah terlajak jalan terlalu acap, kerana UMNO sebenarnya ibarat
orang yang tersesat jalan kerana tidak tahu jalan yang sebenar dan
sebaiknya untuk parti itu lalui untuk keluar dari kesesatan itu.
Baru sekarang UMNO menyedari yang rakyat tidak boleh dipermainkan
seperti yang selalu mereka lakukan terutamanya setiap pilihanraya
datang. Tetapi bak kata perbidalan kita, ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Tidak usah kita ulangi semuanya itu kerana rakyat sudah pun memahami
keadaan sebenarnya. Najib pun faham ‘sequence of events’ dalam politik
selepas ini jika di dasarkan kepada apa yang sedang berlaku pada hari
ini.
Dalam perkembangan lain Najib berkata beliau mahukan pelan-pelan
pembangunan yang telah digubal oleh Dr Mahathir mesti dilaksanakan dan
beliau mempunyai ‘obligations’ untuk melaksanakannya penuh setelah
Abdullah Badawi melaksanakan sebahagian dari nya.
Dengan kata-kata ini ia menunjukkan ada peralihan kepada segala
perancangan beliau ialah untuk melaksanakan dasar-dasar oleh Mahathir
dan bukannya transformasi yang beliau telah rancang dalam banyak perkara
yang beliau umumkan sejak mengambil alih kepimpinan negara. Apakah
perbezaan di antara Najib dengan Dr Mahathir jika begitu kata-katanya
dalam bualbicara tersebut, sedangkan beliau telah mengumumkan Pelan
Transformasi Ekonomi (PTE) dan banyak lagi perancangan yang
canggih-canggih. Yang lain masih tidak nampak perlaksanaannya.
Beliau telah berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk membuat
perbezaan dengan pemimpin yang sebelum beliau dengan mengumumkan satu
lepas satu program transformasi beliau. Semuanya adalah untuk membezakan
beliau dengan pimpinan sebelumnya. Tetapi sekarang beliau berkata
adalah giliran beliau untuk melaksanakan program yang dirancang oleh Dr
Mahathir pula. Entah yang mana satu di antara kata-kata beliau yang
benar, tidak pula dapat diketahui. Tetapi beliau merayu untuk
mendapatkan mandat yang kuat dari rakyat dalam pilihanraya ini.
Tetapi Najib masih tidak memahami apa masalah yang beliau dan kerajaan
pimpinan beliau dalam menghadapi PRU kali ini. Rakyat tidak nampak lagi
perlaksanaan program pembangunan yang besar-besar dan ‘ambitious’ yang
beliau telah laksanakan. Rakyat hanya nampak beliau telah melonggokkan
projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh kroni-kroninya untuk
dilaksanakan dan ini dianggap sebagai transformasi ekonomi oleh Najib.
Contoh-contohnya projek MRT dan LRT serta menaikkan taraf pengangkutan
keretapi dengan membina ‘double tracking’ dari utara ke selatan, tetapi
tidak mengambil kira pembangunan moral yang lain seperti rasuah, yang
terlibat dengan projek-projek tersebut.
Lagi besar projek pembangunan yang diumumkan oleh Najib lagi besar
perasaan was-was rakyat terhadap kejujuran dam perlaksanaan
projek-projek tersebut. Pendeknya setiap perkara yang dilakukan dan
diumumkan oleh Perdana Menteri akan mengaitkan isu rasuah bersama ke
semua projek-projek yang dirancang itu. Rakyat mahukan ketelusan tetapi
Najib samasekali gagal untuk membuang ‘stigma’ buruk yang terlekat
kepada pimpinan kita itu.
Rakyat sekarang adalah rakyat yang bertanggungjawab dan Najib mesti
dengan cara apa sekali pun menghilangkan tanggapan buruk rakyat terhadap
UMNO dan kepimpinannya. Tanggapan buruk ini pula bukannya timbul dengan
tidak bersebab. Ianya timbul setelah rakyat telah mendapat bukti
melalui pengalaman dan pencarian yang begitu lama yang telah membuktikan
UMNO sudah rosak hingga ke ususnya seperti yang dikatakan oleh Dr
Mahathir sendiri. Dr Mahathir telah mengatakan yang pimpinan UMNO adalah
pimpinan yang rasuah dari atas hingga ke bawah-bawahnya.
Tetapi rakyat telah mempersoalkan Dr Mahathir sendiri sekarang ini.
Rasuah yang dilakukan oleh pimpinan hari ini adalah hasil dari sikap
Mahathir yang tidak bertindak terhadap pemimpin rasuah semasa beliau
berkuasa dahulu. Beliau hanya membuat tuduhan terhadap pimpinan selepas
beliau semasa beliau telah bersara dari jawatan PM itu. Beliau telah
membidas Abdullah Badawi kerana tidak bertindak kepada pemimpin-pemimpin
sejurus beliau meletakkan jawatan yang di ambilalih oleh Abdullah.
Beliau sendiri tahu yang menteri-menterinya melakukan rasuah tetapi
beliau enggan mengambil tindakan terhadap mereka dan mengharapkan
Abdullah untuk melakukannya. Itulah cara Mahathir. Beliau mahu tindakan
ke atas perasuah-perasuah oleh orang lain.
Sehingga hari ini menteri-menteri rasuah itu tidak mahu dan enggan
mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat jelata. Saya diberitahu oleh
seorang rakan saya, seorang bekas menteri yang ramai diantara
menteri-menteri kabinet seperti Hishamuddin dan yang lain tidak
bersetuju untuk mengisytiharkan harta mereka.
Lim Guan Eng telah meminta semua menteri-menteri termasuk perdana
menteri mengisytiharkan harta mereka dan saranan Lim Guan Eng itu adalah
bertepatan dengan semangat negara demokrasi yang kita pilih sebagi cara
mentadbir negara persekutuan ini. Kita mesti ingat yang LGE adalah
Ketua Eksekutif kepada sebuah negeri dalam persekutuan ini dan saranan
beliau itu wajar dihormati untuk kepentingan rakyat yang ramai.
Kepentingan rakyat ialah yang harta benda mereka tidak diselewengkan
oleh pimpinan seperti yang ditanggap oleh mereka selama ini dan itu
adalah hak mutlak rakyat.
Najib dan UMNO bukannya mempunyai hak mutlak terhadap kepimpinan
kerajaan dan negara. Apa yang ada kepada sesiapa yang menduduki
Putrajaya itu hanyalah ‘Temporary Occupancy License’ (TOL) dan rakyat
mempunyai hak untuk menolak mereka keluar jika mereka tidak amanah
menjaga harta rakyat itu dan memberikan TOL itu kepada pihak lain.
Pendeknya apa sahaja yang dilakukan oleh Najib dan BN tidak lagi
memberi apa-apa kepada rakyat. Yang rakyat mahu ialah dilakukan apa-apa
bentuk ‘audit’ terhadap isu rasuah kepada pemimpin BN sekarang ini dan
ia tidak boleh kurang dari itu.
Selesai isu ini maka barulah Najib boleh menagih dan merayu mandat
rakyat dan biarkan rakyat menimbangkannya. Lagi pun Najib bukannya
merayu untuk partinya tetapi mandat untuk peribadi beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan