KHABARNYA malam ini Parlimen Pekan digempur lagi. Nampaknya tidak putus-putus Pekan dikunjungi oleh pimpinan PR, dan ini menunjukkan PR tidak pernah anggap Pekan tidak boleh dirampas walaupun ramai yang berpendapat Parlimen Pekan mustahil untuk dirampas memandang Ahli Parlimen di situ adalah Najib iaitu PM negara ini.
Malam ini, di Markas PAS Mengkasar, Pekan kehadiran Presiden PAS, Tuan
Guru Hj Hadi Awang pastinya membuatkan Najib tidak boleh tidor lena.
Beberapa bulan lalu, Ketua Umum PKR juga hadir di Pekan di mana
sambutannya amat luar biasa sehingga beliau terpaksa menaiki motosikal
akibat kesesakan jalanraya menuju ke lokasi ceramah.
Beberapa minggu yang lalu, Pekan juga dikunjungi oleh bekas tokoh-tokoh
Umno iaitu Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada Almarhum Tun Ghafar Baba.
Malam itu juga bekas orang kuat Najib sendiri, bekas Adun Pulau Manis
iaitu Dato' Arif Sabri turut berucap. Wakil KOBAT, Kor Bekas Tentera
juga turut berceramah malam tersebut.
Sehubungan itu, malam ini marilah kita beramai-ramai hadir ke Markas PAS
Mengkasar, Pekan bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Tuan
Guru Hj Hadi Awang dan juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin
Tantawi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan