Kementerian
Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk
tradisional 'MYMEN PLUS Capsule 400mg' berikutan pembatalan
pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 27
September lalu.
Ini kerana produk itu didapati mengandungi racun berjadual 'tadalafil', kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.
"Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan masalah serius seperti hilang penglihatan atau pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung," katanya.
Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk, dan ubat-ubat mengandungi bahan itu hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.
"Tadalafil atau analognya tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional," kata Dr Hasan.
Sesiapa yang mempunyai stok produk MYMEN PLUS Capsule 400mg dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta kerana boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan