Menjelang PRU 13
Selain itu, soal kebajikan rakyat juga mahu diberi perhatian.
Penemuan kajian Merdeka Center ini menunjukkan kedua-dua perkara itu mendapat sokongan besar di kalangan pengundi yang ditemu bual oleh firma kajian pandangan umum itu.
"Isu yang pengundi mahu dibincangkan dalam PRU ialah Pati, dan disusuli dengan kebajikan dan impak inflasi kos hidup," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Turut mendapat tumpuan responden ialah kenaikan harga barang, inflasi dan kos hidup iaitu sembilan peratus responden.
Ia disusuli dengan soal infrastruktur, keadaan ekonomi yang tidak memihak kepada rakyat Sabah, kualiti kepimpinan nasional, kurang peluang pekerjaan, rasuah secara umum dan pilihan raya yang adil dan bebas.
Kajian terbaru ini juga menunjukkan bahawa Pati menjadi menjadi isu utama di kalangan penduduk Sabah.
Ogos lalu, Kerajaan Pusat mengumumkan penubuhan uruhanjaya Siasatan Diraja Pati Sabah.
Kajian ini dikendalikan membabitkan 829 pemilih berdaftar, yang dihubungi menerusi telefon, antara 6 dan 17 September lalu.
Sementara 60 peratus menyokong penubuhan suruhanjaya itu, jumlah responden yang seimbang juga meletakkan harapan ke atas badan itu dalam menyelesaikan isu Pati.
Bagaimanapun hanya 54 peratus dengan suruhanjaya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan