Kaji
selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan
prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi
kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.
Kedudukan
Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan
Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45
peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan
Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 nanti.
Majoriti
pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga
dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma
penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap
kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut
juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan
November 2009.
Namun,
populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji
selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan
dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang
belakang kepada Umno.
Dikalangan
pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus
pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Kesimpulan
kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada
populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di
negeri itu.
Sabah dan
Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat
(PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua
negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN
pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai
simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan
yang paling sengit dalam sejarah negara.
“Pada
pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas
kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen
‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan
bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik
di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media
disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam
bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka
Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada
September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang
betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara
lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin,
rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi,
dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan
ekonomi dan infrastruktur.
28 ulasan:
rasanya Najib telah dengan ikhlasnya bekerja keras untuk rakyat Malaysia
dan kerajaan negeri (MA) benar-benar telah cuba yang terbaik demi Sabah..
lagipun sudah ternyata masih ada rakyat yang sokong dengan kepimpinan MA
apapun, digalakkan rakyat mengundi dengan bijak nanti
hanya rakyat sendiri sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk mereka
ekonomi Sabah juga akan berkembang jika kerajaan negeri membuka pintu kepada delegasi dari luar negara datang melawat ke sini kerana ini dapat menaikkan imej Sabah di mata dunia..
and surely Sabah's image will continue to grow in the eyes of the world ...
I believe Sabah's government would like to see the state continues to thrive internationally...
keamanan negeri adalah penting kerana ini dapat menarik lebih ramai pelabur asing/domestik ke Sabah, jesteru itu ekonomi kita akan terus berkembang
similarly, poverty can be reduced because of this, at least be able to provide / create employment opportunities for the people of Sabah.
semoga rakyat Sabah akan terus menyokong dan berdiri teguh dengan kerajaan yang mana telah banyak membawa kemakmuran kepada negeri ini
contohnya, Projek Koridor Pembangunan Sabah telah menarik pelaburan yang tinggi sejak pelancarannya pada tahun 2008
manakala, Program transformasi kerajaan (GTP) 2.0 juga boleh meningkatkan sosio-ekonomi Sabah...
selain itu, kerajaan negeri juga akan terus kekal komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dengan memberi pelbagai tawaran insentif kepada pelaburan asing
bukan itu sahaja, kerajaan Sabah juga telah membelanjakan sebanyak RM1.136 bilion daripada RM1.39 bilion yang diperuntukkan kepada negeri ini di bawah RMK-9 dan RMK-10
The first phase of the GTP has benefitted the state of Sabah since the start of its implementation.
Phase 1 of the GTP has impacted Sabah significantly, especially in the rural areas where hundreds of kilometers of roads had been built.
Ini hanyalah kajian ringkas yang dibuat oleh sesetengah pihak sebenarnya. Masih belum ada kepastian lain akan kebenaran dalam hal ini.
Keputusan yang tepat dalam hal ini adalah pada PRU13 akan datang.
Turun dibawah 50% dengan hasil simple cuba dalam 800 orang. Kenapa tidak ambil ramai daripada itu. Memanglah kalau ramai yang berpihak kepada PR sudah pastilah negatif keputusan yang diperolehi.
Apa pun tidak perlulah percaya sangat dengan apa yang dilaporkan oleh Merdeka Center mengenai kajian yang dibuat.
Kalau kita lihat sendiri pun ramai yang membantah akan keputusan yang kajian Merdeka Center ini. Ini bermakna sokongan kepada Datuk Musa masih lagi kuat sehingga sekarang ini.
Jangan mudah terpedaya dengan apa yang dikatakan ini. Kalau kita lihat sendiri pun sekarang ini pembangunan di Sabah ini sangat baik dan membangun dengan pesat.
Datuk Musa telah buat yang terbaik untuk rakyat Sabah.
Kajian merdeka centre ini tidak boleh di percayai, ramai yang tidak menyokong kepuusan yang di keluarkan.
Ekonomi Sabah sudah semakin meningkat, dan kehidupan rakyat juga semakin baik.
PM Najib mengutamakan rakyat
Rakyat perlu terus menyokong kerajaan untuk meneruskan rancangan2 kerajaan
Catat Ulasan