Kaji
selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan
prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi
kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.
Kedudukan
Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan
Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45
peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan
Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan
Raya Umum ke-13 nanti.
Majoriti
pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga
dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma
penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap
kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut
juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan
November 2009.
Namun,
populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji
selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan
dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang
belakang kepada Umno.
Dikalangan
pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus
pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Kesimpulan
kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada
populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di
negeri itu.
Sabah dan
Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat
(PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua
negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN
pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai
simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan
yang paling sengit dalam sejarah negara.
“Pada
pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas
kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen
‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan
bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik
di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media
disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam
bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka
Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada
September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang
betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara
lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin,
rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi,
dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan
ekonomi dan infrastruktur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan