HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Oktober 2012

Shafie akui pembangunan Sabah perlahan tetapi yakin pertahan kemenangan BN


KUALA LUMPUR — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) mengakui pembangunan di Sabah berjalan dengan perlahan tetapi yakin masalah tersebut mampu diatasi dengan secepat mungkin serta Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kemenangan dengan majoriti yang besar di Sabah.

Naib presiden Umno itu juga mengulas kaji selidik yang dibuat oleh badan bebas Merdeka Centre dengan menghormati hak untuk mereka menyuarakan pandangan serta yakin rakyat di Sabah mampu menilai sendiri terhadap keupayaan kerajaan mentadbir negara.

“Kerajaan mengamalkan sikap demokratik dan menghormati pandangan mana-mana pihak dan individu.

“Saya tidak kata laporan itu salah dan yakin rakyat Malaysia khususnya sudah mampu membuat penilaian sendiri untuk memilih,” kata Shafie.

Disamping itu, Shafie juga bersetuju dengan kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh terdapat campur tangan asing yang cuba menggugat pentadbiran negara menerusi penerimaan dana asing daripada spekulator mata wang, George Soros.

Tiada ulasan: